terkini dan sensasi

Selasa, 6 September 2011

rumah tinggal... nak kemas jugak ke?

Assalamualaikum...(^ ^)

rumah pusaka peninggalan arwah
kenangan beraya di kampung masih segar dalam ingatan... macam2 yang berlaku! ada kenangan sedih, gembira, seronok dan tak seronok pun ada... rasa macam sekejap je masa berlalu kan? 

macam Mas ni dah takde mak ayah... jadi bila beraya di kampung, ramailah orang2 kampung yang jemput kami adik beradik beraya di rumah mereka! tapi macam biasalah ada sesetengah undangan tu tak dapat kami penuhi kerana sibuk mengemas rumah peninggalan arwah... 

maklumlah setahun sekali je kami dapat berkumpul semua adik beradik... jadi peluang yang ada ni, kami gunakan untuk kemas rumah! buang barang2 yang dah tak berguna dan susun atur supaya nampak kemas dan menarik... 

sampai ada orang2 kampung yang sindir2 kami, time raya pun nak kemas rumah jugak ke? rumah tinggal tak perlulah kemas sangat, bukannya ada orang duduk pun! adoi, sampai camtu sekali... bukannya apa, rumah dah takde orang duduklah kena bersihkan supaya takde binatang2 seperti lipas dan tikus bersarang nanti! 

perkara macam ni pun ada orang tak puas hati... dia marah kot sebab kami tak datang beraya rumah dia!

9 ulasan:

  1. kemas skit2 ja sis .. sapu2 smpah , pas tu lap bnda y dh berhabuk tu ...:P

    BalasPadam
  2. sapa yg tertidur depan TV tu!

    BalasPadam
  3. oh samalah kita, tapi kan mmg kena kemas lah rumah wlupun lepas tu kita tinggalkan, sebab risau jugak tinggalkan rumah kotor

    BalasPadam
  4. rumah nenek sy pon dh beransur2 nk jd rumah tinggal since nenek dh mula merantau duduk ngan anak2

    BalasPadam
  5. apahallah nak sindir2. kak liza suka kemas2 rumah kat kampung supaya kembali elok. kita hargai di sini kita dibesarkan. bila dah kemas dapat juga adik-beradik bermalam dan rumah pun elok terjaga.

    BalasPadam
  6. walaupon xde org duduk, kene la jge rumah 2 leklok kn..
    org kmpung tu saje la nk dengki2..
    abaikn mereka..

    BalasPadam
  7. wajib kemas, supaya nampak lebih kemas dan menarik walaupun rumah tu jarang berpenghuni. apa pun raya di kampung lebih meriah lagi dari bandar. tak tahu kalau terpaksa beraya di KL tahun depan. oh tidakkkkkkkkkkkk

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com