terkini dan sensasi

Sabtu, 10 September 2011

tamak sangat... kan dah membazir!

Assalamualaikum...(^ ^)

cerita ni dah basi sikit, tapi nak cerita jugaklah... buat peringatan untuk kita semua, janganlah tamak sangat!

pada hari Khamis lepas Kementerian Mas telah mengadakan sambutan MerdekaRaya sempena Hari Raya Aidilfitri dan bulan kemerdekaan negara kita... jamuan diadakan di PICC! meriah jugaklah, tapi tak semeriah tahun2 sudah... sebab ia terhad kepada beberapa orang staff je! tak semua staff dapat hadir...

makanan yang disediakan memang pelbagai jenis... ada kambing bakar, satay, lemang, ketupat, rendang dan macam2 lagi! tapi disebabkan sikap tamak sesetengah tetamu yang hadir, makanan tak mencukupi... ramai yang Mas tengok ambil makanan macam tak ingat orang belakang... berpinggan2 ambil! 

tapi bila makan je tak habis, banyak saki baki berlebihan... sudahlah orang lain tak dapat makan, makanan yang tak habis tu dibuang begitu saja... kan ke dah membazir! kalau mereka amalkan ambil makanan ikut keperluan je dan ingat pada orang lain, tentu tak jadi macam tu kan?

macam inilah orang kita, selalu bersikap tamak dan pentingkan perut sendiri je bila hadir jamuan sebegini... ambik banyak2 pastu makan tak habis! sedih Mas tengok makanan tu dibuang begitu saja dalam tong sampah...

gambar sekadar hiasan... pinjam sini

10 ulasan:

  1. mujur tak buh dalam poket makanan tu hihi

    BalasPadam
  2. wah sedapnya kak mas!! hehe bila lapar semua bnda pun kita amik. padahal bukan larat nk makan semua :D

    BalasPadam
  3. kita kat sini mewah dgn makanan, tp kat Somalia tu... kan?

    BalasPadam
  4. nape akak x bawak balik kasi kat jiran jugak ? hehe bole makan bnyk sket

    BalasPadam
  5. sepantasnya ambil makanan mengikut terhad kenyang perut kita kan..maybe some of them shock cause trlalu byk sgt makanan sampaikan nak ambil and makan semuanya..hehe..

    BalasPadam
  6. salam mas...mmg membazir betul die org ni...kalau mcm tu jgnlah ambil byk2 kalau rasa x boleh habiskn...
    kesian makanan tu terbuangkn...

    p/s lebih kesian bila teringat kanak2 somalia yg kebuluran di sana...

    BalasPadam
  7. dia tak ingat kt somalia la tu.. hehhe

    BalasPadam
  8. huuu
    betoi tu kak mas
    selalu nmpak cm tu..aiyaak
    sedih je
    owg yg x dpt mkn tgk je
    huuuu

    BalasPadam
  9. dorang ni kena hantar ke somalia... baru tahu

    BalasPadam
  10. klo nk makan,amik sikit2 pastu tambah... ni amik makan kucing nk lompat pn xlepas

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com