Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 30 September 2011

tutup sekejap gerai tu!

Assalamualaikum...(^ ^)

hari ini Mas jalan2 cari makan kat pasar tani Jumaat di Presint 2, Putrajaya... dah lama tak pergi situ, teringin makan mee goreng udang dia yang sedap tu!

masa tengah makan tu memang perasan yang kebanyakan para peniaga di situ terdiri dari kaum lelaki... walaupun jam dah menunjukkan pukul 1.30 tengahari tetapi mereka masih sibuk uruskan jualan mereka... kenapa mereka tak pergi ke masjid, kan ke hari Jumaat!

apalah salahnya kalau mereka tutup sekejap gerai tu... lepas habis Jumaat nanti sambunglah meniaga semula! kalau tak nak tutup pun upahlah seorang penjaga perempuan untuk jagakan gerai mereka! tak lari ke mananya rezeki kalau tutup sekejap je... malah lagi berkat rezeki tu!

Mas rasa bersalah pulak makan kat gerai tadi... dahlah semua tukang masaknya lelaki! 

gambar dari google
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" 
[surah Al-Jumu'ah : 9]

6 ulasan:

  1. boleh alpa juga mereka dalam hal sebegini ya :O mudah2an Allah permudahkan dan perlembutkan hati mereka untuk mengerjakan solat jumaat pada setiap minggu :')

    BalasPadam
  2. Allah bagi rezeki kt Dia dlm kemurkaan... hmmm, teringat plak entri terbaru dari Sunah tadi....


    Niena ~

    BalasPadam
  3. salam mas..setuju sesangat ngan apa yg mas katakn tu...x rugi pun kalau tinggalkn sekejap perniagaan itu...:)

    BalasPadam
  4. haigoooooo
    teringat ms kat U dulu kak
    pon cm tu gak
    deme cm ileeeek je
    huuuu

    BalasPadam
  5. apabila urusan dunia lebih diutamakan. macam tu la jadinya kak mas

    BalasPadam
  6. baca tajuk entry kak mas ni saya dah boleh agak isi nya.:) dah agak dah ni mesti pasal laki tak pi solat jumaat. ramai mcm tu kak mas. diorg kata takpe sbb cari rezeki. yeke? sejak bila pulak boleh ? hukum diorg reka sendiri agaknya..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com