terkini dan sensasi

Selasa, 6 September 2011

urusan beli rumah... jangan serah bulat2 pada pemaju!

Assalamualaikum...(^ ^)

sudah setahun lebih Mas pindah ke rumah sendiri... memang sejak berpindah Mas kurang ambil tahu sangat pasal urusan pindahmilik rumah ni kepada nama sendiri! semuanya Mas serahkan bulat2 kepada pemaju dan peguam... tak pernah pun Mas tanya dengan mereka pasal perkara ni!


tiba2 hari ni dapat surat dari Bahagian Pinjaman Perumahan... mereka bertanyakan urusan tandatangan suratcara pindahmilik harta kepada nama Mas... dalam surat tu mereka minta Mas ambil tindakan dalam tempoh sebulan dari tarikh surat, kalau tidak pinjaman perumahan Mas akan ditarik balik!

tak keruan dibuatnya... tarikh surat 14 Julai, hari ni dah 6 September! maknanya dah sebulan lebih... terus kelam kabut telefon pemaju dan peguam! rupanya mereka pun baru terkial2 nak uruskan perkara ni... bila Mas tanya kenapa baru sekarang nak uruskan, terdiam mereka! langsung tak boleh nak jawap apa... 

bila Mas hubungi Bahagian Perumahan, rupanya mereka sengaja bagi surat peringatan kepada pemaju dan peguam... kalau mereka tak bagi, nanti pemaju dan peguam akan buat sambil lewa sahaja! lagi pun dah setahun lebih Mas beli rumah tu, sepatutnya urusan pindahmilik dah selesai... 

nasib baiklah... risau jugak kalau loan ditarikbalik! nak korek duit celah mana untuk setelkan hutang rumah tu... lepas ni kena lebih beringat, hari2 kena telefon pihak pemaju dan peguam untuk mereka selesaikan urusan pindahmilik tu secepat mungkin!

12 ulasan:

  1. camtu eh? thanks mas for sharing...now pun tgh berurusan dgn lawyer berkenaan rumah.

    BalasPadam
  2. mas, nak tanya sikit.. yg hakmilik ni sama ke dgn geran hakmilik sementara tu?

    BalasPadam
  3. busy wat kuih raya dok dorang tu?..

    tengs sharing..

    BalasPadam
  4. ye la kan
    kalau sis x share x tau

    BalasPadam
  5. hohooh.. nice sharing pgalaman nie

    BalasPadam
  6. miss mas saari : thanks tau kasi info macam ni...kena beringat jugak, ai sekarang ni dalam proses lagi...tengah tunggu lawyer cakap berapa lagi nak bayar RM...adess...pinjaman perumahan dah settle, lulus...('',)

    BalasPadam
  7. kak zu pun tengah berurusan dgn lawyer ni, tinggal nak bayar balance lagi rm400 saja lagi utk fees entah apa2 nih....blur jugak nih. then lepas tu, lawyer akan hantar semua dokumen to bank, geran akan dipindahmilik kepada tuan punya rumah hehehehehe

    BalasPadam
  8. aduhaiii
    bahaya gak cenggini kan
    mujur kak mas dapt selesai kannye
    alhamdulillah =]

    BalasPadam
  9. terima kasih kak mas. kadang2 kita serahkan pada them sbb kita tak berapa tahu..but then diorg buat keja sambil lewa je. saya pernah beli rumah di Klang dan nama saya nama kedua untuk rumah tu. kami dah pay dan tunggu dapat kunci je..tahu2 kata ada masalah dengan pemaju. duit kami burn macam tu je.

    txs for sharing kak mas.

    BalasPadam
  10. kalau saya dah blurr tak tau pape pasal proses ni. dasat jugak kak.. nampak sangat mereka x buat kerja sampai diam bila kak tanya

    BalasPadam
  11. salam...gud info pas ni lebih berhati2 lg...:)

    BalasPadam
  12. Adakah anda seorang lelaki perniagaan atau perempuan? Adakah anda dalam keadaan huru-hara kewangan atau melakukan Anda memerlukan dana untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Perlu memberi pinjaman hutang mereka atau membayar bil-bil anda atau memulakan perniagaan yang bagus? Adakah anda mempunyai skor kredit yang rendah dan anda akan mendapati sukar untuk mendapatkan pinjaman modal daripada bank / institusi kewangan lain tempatan? Anda memerlukan salah Pinjaman atau pembiayaan untuk apa-apa sebab seperti: E-mel: ptlender01@gmail.com

    a) Pinjaman Peribadi, Pengembangan Perniagaan,
    b) Permulaan Perniagaan, Pendidikan,
    c) Penyatuan Hutang,
    d) Pinjaman Wang Keras

    BORANG PERMOHONAN
    Nama: _________
    Alamat: _________
    Negara: _________
    Pekerjaan: _________
    Pinjaman Request__________
    Tujuan loan__________
    Pinjaman Duration__________
    Pendapatan bulanan:_________
    Nombor telefon:_________

    Kami menawarkan pinjaman pada kadar faedah yang rendah sebanyak 3% dan dengan cagaran dan tidak Cagaran, kami menawarkan pinjaman peribadi, pinjaman penyatuan hutang, Capital modal teroka, pinjaman perniagaan, pinjaman pelajaran, gadai janji atau Pinjaman untuk apa-apa sebab ".

    Walau bagaimanapun, kaedah kami menawarkan kemungkinan untuk menentukan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga tempoh yang anda mampu, memberikan anda Peluang sebenar mendapatkan dana yang anda perlukan!

    Hubungi kami melalui E-mel: ptlender01@gmail.com
    Bacon Tasha Elizabeth®

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com