Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 20 Oktober 2011

bahaya spa ikan

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari Berita Harian

tak sangka pulak bahaya kan?

sepanjang hidup Mas pernah 3 kali cuba spa ikan ni... bayaran yang dikenakan RM10.00 untuk terapi selama 5 minit! selepas terapi tu memang akan rasa kaki lebih bersih... 

cuma tak sangka pula rupanya terapi spa ikan ni boleh menyebarkan pelbagai penyakit...  dan virus penyakit akan disebarkan oleh melalui gigitan ikan dan akibat bawaan air... ini disebabkan air yang digunakan kurang bersih kerana telah digunakan berulang kali oleh orang ramai!

tapi kalau nak jaga tahap kebersihan, pengusaha spa yang menawarkan perkhidmatan ini kena lebih peka! sepatutnya mereka sediakan bekas untuk kegunaan individu... bila ada yang nak jalankan terapi baru mereka isi air dan lepaskan ikan di dalam bekas tersebut! bila sudah selesai air itu akan dibuang dan ikan akan ditempatkan di dalam bekas yang bersih... 

barulah kebersihan terjamin dan pelanggan rasa selamat! 

(sumber dari Berita Harian)

16 ulasan:

  1. baru rasa nak try..huhu..maknanya bukan lah salah ikan tu..
    cuma pihak tertentu tu la yg kena lebih berhati-hati dengan aspek kebersihan dan kesihatan ni..

    BalasPadam
  2. penah try sekali je dlu..huhu..mybe bukan semua spa mcm tu kot..

    BalasPadam
  3. pernah cuba sekali jer dulu..geli geli jer rasanya ;p

    elok elok pergi nak bersihkan kaki tiba tiba dapat penyakit huhu..bahaya ni..

    BalasPadam
  4. pernah dah spa ikan kat port dickson dulu...tapi sekali je lah..kebetulan menginap kat hotel tu dia sediakan sekali spa ikan ni...

    BalasPadam
  5. a'a kalau kaki sebelum tu ada kudis ke apa....

    BalasPadam
  6. jaga-jaga kalau spa ikan. baik tak payah gi... kalau ikan pakai kondom macam mana plak?

    http://fahmimohdnilam.blogspot.com/2011/10/ikan-pakai-kondom.html

    BalasPadam
  7. sama la ngan anum
    ingatkan sebab apa tadi

    BalasPadam
  8. ow. kalau nak pegi, kena check dulu la ni. :)

    BalasPadam
  9. tak pernah cube lagi.. takut hehe

    BalasPadam
  10. blog kamu mmg best, ramainye followers jeles ar....setiausaha ke? same la kita, heeee~ salam perkenalan!

    BalasPadam
  11. sy pun pernah sekali..tu pun try kt depan jusco seri kembangan...

    lepas tu dh tak spa kaki dh takut sbb dpt info pasal jangkitan penyakit ni...huhu

    BalasPadam
  12. nsb la saye xberani nk try..
    geli2 je ngn ikan2 ni..
    haha

    BalasPadam
  13. urm.. niena pnah terfikir bnda ni dlu..sjak memula diperkenalkan di Malaysia

    BalasPadam
  14. laa bahaya jugak ke. ingat elok je...pernah cuba n mmg suka. kulit jd licin. hehe :) cuma gelii sgt2.

    BalasPadam
  15. tak pernah try...
    takutttttttttt

    BalasPadam
  16. Tak pernah try lagi..Geliii.. Hehe Masa bercuti hari tu g snorkling pon bila bagi ikan makan roti semua berkumpul pon dah terasa lain macam dah :D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com