mrs secretary

Sabtu, 29 Oktober 2011

Buat sarapan di rumah

Assalamualaikum...(^ ^)

Lebih suka sarapan yang bagaimana? Beli di kedai atau masak sendiri di rumah.

Kalau beli di kedai memang kita akan perolehi pelbagai jenis makanan, ada yang berat dan ada yang ringan. Cuma kadang² tahap kebersihan makanan itu agak meragukan, kita kena betul² pilih kedai yang lebih bersih. Pastu ada sesetengah makanan kurang menepati selera kita kan? 

menu sarapan hari ni, Spaghetti Goreng Olala


Jadi masak sendiri sarapan di rumah lebih elok. Di samping boleh berjimat cermat, kebersihan makanan itu lebih terjamin. Kemudian tahap kesedapan makanan itu kita boleh rasa sendiri. Sebab air tangan kita sendiri, kita yang masak.

Macam Mas pulak tengok keadaan, kalau ada mood nak masak dan terlebih rajin Mas memang akan buat sarapan sendiri di rumah. Kalau hari bekerja biasanya Mas masak roti telur je, tapi kalau waktu bercuti dan hujung minggu barulah buat sarapan yang pelbagai. 

Tapi anak² Mas lebih suka mamanya buat sarapan di rumah, lebih sedap katanya!

14 ulasan:

  1. Wey hey!

    kami pagi ni pon bfast spaghetti.... tapi tak goreng...!

    BalasPadam
  2. Ye mskn tersedap ialah mskn ibu

    BalasPadam
  3. jarang buat sarapan sebab takde sapa nak makan.. almaklum la bertiga jer baru.. si kecik masih menyusu, si bapak tu makan dia x tentu time.. dia rasa nak makan, dia request masak or beli jer.. si mak pula pun sama jugak. rasa nak makan.. kalau si kecik ok baru la masak, si kecik x ok.. makan la apa yg sempat dulu

    BalasPadam
  4. olalaaaaa jugak mimi tgk kak
    nyum2
    betol2 sarapan kat umah mang terbaikk kan kak mas =]

    BalasPadam
  5. @gedek!
    ye ke? tak sangka selera kita sama pulak pagi ni..

    BalasPadam
  6. @Iffah Afeefah
    bestnya masakan ibu!
    akak dah lama tak rasa masakan ibu..huhuhuuu

    BalasPadam
  7. @THE LEKAT LEKIT STORY
    biasalah, anak masih kecil kan?
    macam Mas dulu pun camtu gak, lebih banyak beli dari masak..

    BalasPadam
  8. @aimie amalina
    memang terbaik! tapi kalau mood rajin lah, kalau malas ke lautlah rasanya! heheheee

    BalasPadam
  9. saya akan macaroni je pg td !! adik beradik spaggheti letuww jugak.hihi. makan kt luar rse was2 sbb kita taktau dapur diorg mcm mana kan.

    BalasPadam
  10. Lagi sedap air tangan si ibu yang sediakan..Kalau weekend MTT kat rumah mama memang mama sediakan..hehe

    Seminggu sekali kann makan air tangan mama tersayang.. Nngeee ♥ :D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com