Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 17 Oktober 2011

cerita dongeng

Assalamualaikum...(^ ^)

percaya tak pada cerita dongeng... sekarang mungkin tak lagi kan? 

gambar dari google
masa Mas berumur belasan tahun seorang makcik ni pernah cerita pada Mas tentang cerita dongeng yang kami boleh tengok siapa lelaki yang bakal jadi jodoh kami... masa tu memang Mas excitedlah dengar dan percaya je bulat2 apa yang makcik tu cerita... 

Mas terus desak makcik tu cerita bagaimana caranya... makcik tu pun ceritalah! kata makcik tu orang dulu2 percaya kalau nak tengok bakal jodoh, mestilah sambut daun yang gugur dari pokok... dengan syarat daun tu tak boleh jatuh ke tanah! pastu sebelah malam letakkan daun tersebut di bawah bantal... pastu bangun pukul 12 tengah malam dan berdiri depan cermin! seterusnya perlu pejam mata dan tiup daun tu 3 kali dan tengok semula kat cermin... mesti boleh nampak muka bakal jodoh tu!

tapi Mas tak berani nak cuba! takut nak bangun pukul 12 tengah malam dan tengok cermin tu... buatnya masa buka mata tu benda lain pulak yang muncul... huru hara dibuatnya! 

kelakar pulak bila dikenangkan kembali cerita dongeng tu... macam manalah Mas boleh percaya 100% cakap makcik tu! padahal dia cerita je kat Mas, tak suruh Mas percaya pun! 

12 ulasan:

  1. hurmm,,.. menarik
    tak penah lagi dengar cite ni,,..

    BalasPadam
  2. biasalah..makcik2 zaman dahulu suka bercerita kepada anak kceil..so, the kids at that time only know nothing about it, just percaya bulat2 apa yg makcik tu cakap..hehehe.

    itulah kenangan manis! :)

    BalasPadam
  3. salam mas...biasalah tu masa kecik2 dulu mmg mcm2 cerita kita dpt dengarkn...:)

    BalasPadam
  4. hahaha takut kot kak mas nak bangun tengah malam..tapi dulu ada org cakap buat rantai laga laga kt cawan so boleh tau umur kita kawin hahaha..

    perkara yang boleh buat kite tersengih skrg ni ;)

    BalasPadam
  5. @nur Muhammad
    cerita dongeng dulu2 ni...sekarang pun tak pernah dengar dah!

    BalasPadam
  6. @maszull
    dulu2 kan? sekarang ni kita tak berani nak cerita dah kat anak2 kita, takut mereka percaya pulak nanti..

    BalasPadam
  7. @PinKy MoMMa
    mestilah takut, buatnya nampak benda lain kang! heheheeee

    pernah gak akak dengar pasal rantai tu!

    BalasPadam
  8. aahahha dikk
    tu memang nak suh nampak hantu dikk
    jgn buat
    ekekekek semua adalah kepercayaan mengarut ..
    ajal dan jodoh semua di tanggan allah .. kita berusaha dan berdoa itu yg semestinya ! :)

    BalasPadam
  9. @ieda
    sebab tula tak buat, sebab takut nampak hantulah!

    itulah, dulu2 memang banyak benda karut camni kan?

    BalasPadam
  10. ahaha, comel la kak mas ni :D skang hari2 tgk wajah jodoh kak mas ! hehe

    BalasPadam
  11. Nasib la mas tak buat... kalau tak lain lak jadinya sebab terlalu percayakan sangat.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com