Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 13 Oktober 2011

check harga sebelum bayar

Assalamualaikum...(^ ^)

check harga dulu... (gambar dari google)
sesetengah dari kita tidak kisah tentang harga sesuatu barang... mereka hanya ambil, bayar dan balik! padahal mereka tidak sedar kadang2 harga yang dipamerkan tidak sama dengan harga yang discan bila kita membayar...

Mas pernah mengalaminya... bila dah selesai membayar sudah jadi kebiasaan Mas akan check resit pembayaran... semasa semak tu baru Mas perasan harga barang yang dibayar berbeza dengan harga yang dipamerkan di rak barang... 

bila Mas pergi ke kaunter khidmat pelanggan untuk minta refund semula lebihan bayaran tu macam2 alasan yang diberikan... katanya setiap barang yang dah dibeli tidak boleh refund semula! jika terdapat lebihan bayaran, jumlah yang berlebihan itu akan diganti dengan barang lain yang harganya sama! 

kalau seringgit atau dua ringgit takpelah kan? macam mana kalau berlebih sampai berpuluh2 ringgit atau beratus2 ringgit, pasti pelanggan nak duit mereka semula! apa2 pun pelanggan akan tuntut kerana itu duit mereka... yang salah bukan pelanggan tapi pihak pasarayalah! mereka cuai dengan mempamerkan harga yang salah!

jadi semasa memilih barang2, pastikan kita scan setiap barang yang kita ambil... pastikan harga yang dipamerkan sama dengan harga yang discan! 

14 ulasan:

  1. pernah jadi jugak kak mas camtu..tapi kami boleh refund balik sebab tu salah mereka..masa tu kat tesco selayang ;)

    BalasPadam
  2. yep..nice tips...lepas bayar tu review semula resit..kot2 punch/scan 2 3 kali...

    BalasPadam
  3. nina kalo beli barang mak kata cam org lelaki..xmemilih langsung,pastu xsuke dok kedai lelama..biasa amik barang terus bayar je pastu resit tu terus buang...lps ni kena jdik org pompuan

    BalasPadam
  4. penah jugak jd mcm ni,geram jugak la kn. =,=

    BalasPadam
  5. ni memang patut pun kak, kadang2 kite ni men bayar je, tapi x tengok resit balik bile diorang kire. huhuh.. kene be careful slalu bab-bab bli brg.. xperasan di tipu..

    BalasPadam
  6. rara pon same,lepas bayar mst cek balik sbb selalu silap harga.

    BalasPadam
  7. ya kakMas..No pernah kena dlu..time tu kat barang ada offer..siap dengan harga sekali..tp bila p bayo jadi mahal..No tanya dia jawab harga offer tu dh luput tarikh..mak ai..klo dh luput kenapa letak juga atas rak??? beza berpuluh2 ringgit pulak tu..siap No komplen lagi..last2 No kensel barang tu tukar barang lain..sebabnya No memang berhajat nk cuma kena cari brand lain la hehe..ni kes kat giant putatan sabah.

    BalasPadam
  8. Pernah jugak jadi macam tu.. Nak pergi balik ke tempat tu dah malas dah..So better check betol2 before bayar kan :)

    BalasPadam
  9. sgt perlu berhati2 kan. kadang karga lain tp bile punch lain. tu yg teruk kita nk bayar tibe2..punch dulu ! ehehhe cehck check..

    BalasPadam
  10. hihi
    pernah gak jadi pada anum
    sama macam sis pinky kena dekat tesco

    BalasPadam
  11. sy pun pernah tapi malas nak gaduh kat kaunter pelanggan tu...hehe

    BalasPadam
  12. urmmm...dlm kertas promosi lain,
    mse nk g check harga lain...
    ingat satu kali tu pakcik belik mentol lampu sampai gaduh2 kat kaunter...salah sape???huhu

    BalasPadam
  13. salam mas...mmg setiap masa bila mama pi shopping mama akan scan dulu harganya dan bila dah pasti harganya barulah mama ambil barang tu...:)

    BalasPadam
  14. biasa terjadi di pasaraya besar...kita nampak perkataan 'sales' je besar tp tak tgk blk harga yg kadang2 lebih mahal dpd biasa.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com