terkini dan sensasi

Isnin, 3 Oktober 2011

dah 2 kali potong!

Assalamualaikum...(^ ^)

hari ini Mas nak buat aduan lagi... semalam mengenai kad keahlian Mydin! 

gambar sekadar hiasan... sumber : google
kali ni mengenai perkhidmatan oleh sebuah syarikat kredit (nama syarikat terpaksa dirahsiakan atas sebab tertentu)... Mas ada buat personal loan untuk setelkan hutang kad kredit... malas dah nak pakai kad kredit tu, jadi buat loan untuk bayar semua hutang! cara pembayaran melalui auto debit dari Maybank sebanyak RM129 sebulan...

first payment sepatutnya pada 2/9/11, tapi memandangkan masa tu cuti raya jadi mereka belum potong melalui auto debit... Mas kena bayar cash di mana2 cawangan! tapi bila Mas dah bayar mereka potong jugak melalui sistem auto debit tersebut! 

bila Mas minta refund semula duit yang dipotong tu mereka kata tak perlu... duit tersebut akan dibawa ke bulan seterusnya! Mas pun tak kisahlah, senang sikit... bulan depan tak perlu sediakan duit lagi! tapi semua tu pembohongan semata2... bila Mas check dalam akaun hari ini, pada 2/10/11 duit Mas dipotong lagi!

mengamuk sakanlah Mas dekat company tu... macam mana boleh potong sampai 2 kali ni! Mas mahu mereka akui kesilapan dan refund duit Mas hari ini jugak... nasib baik mereka mengaku ia disebabkan kesilapan pihak mereka... dan berjanji akan refund duit Mas sebelum petang ni! tunggu dan lihat sajalah... jangan auta lagi sudahlah!

cuma nak tuntut hak Mas sebagai pengguna... untuk kebaikan perkhidmatan syarikat mereka juga kan?


5 ulasan:

  1. uncle kredit kad tak punya...!

    (malu)

    BalasPadam
  2. ngeri bila sebut pasal kredit kad...rasa nk potong kad yg ada!! nyesaaaal!!

    BalasPadam
  3. hehe, bahaya juga card card ni.

    BalasPadam
  4. buat rugi je. patut akak tuntut lah sampai dapat balik .

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com