Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 31 Oktober 2011

Didik anak, give and take!

Assalamualaikum...(^ ^)

Bak kata pepatah "Melentur buluh biar dari rebungnya", masih lembut dan masih senang untuk dilentur dan dibentuk. Kalau dah jadi buluh, sia²lah nak lentur sebab dah keras dan dah degil.

Begitulah dalam mendidik anak². Bukanlah nak kata, Mas ni ibu mithali abad ini dan anak² Mas adalah anak yang terbaik abad ini. Kadang² ada kalanya Mas alpa dalam mendidik anak sehingga mereka menjadi nakal dan degil. Tapi Mas tetap berusaha dan terus berusaha ke arah kebaikan supaya anak² Mas jadi anak yang berguna dan hormat pada orang tua.


Pendidikan di rumah dan sekolah Mas seimbangkan, Mas tak nak mereka hanya mahu mendengar kata guru di sekolah je. Tapi di rumah mereka tak mahu dengar kata dan ingkar perintah Mas, jadi apa yang bermanfaat mereka belajar di sekolah Mas akan suruh pratikkan hari² di rumah. 

Sebagai contoh membaca doa makan, dah jadi rutin mereka di sekolah sebelum makan guru akan suruh baca doa. Tapi bila di rumah mamanya ni selalu lupa, terliur sangat dah tengok lauk terhidang sampai lupa baca doa dulu. Jadi rutin yang anak² belajar di sekolah tadi mereka pratikkan di rumah. Bila mamanya dah tak sabar nak suap nasi ke mulut, mereka akan tegur "Mama baca doa dulu, nanti baru rezeki kita berkat!" Haaaaa, terkedu mama kau!

Jadi sekali sekala kita perlu belajar dari anak² tentang perkara yang baik. Anak² ni kan hati mereka masih suci, belum dicemari oleh anasir² yang negatif. Jangan sebagai ibu bapa, kita hanya rasa kebaikan itu mereka perlu belajar dari kita sahaja.

12 ulasan:

  1. kannn kadang kadang anak anak nyer ayat buat mama terkedu sesaat huhu..sebab kan kak mas..diaorg dah diberitau awal mcm tu..tiba tiba kita tak ikut..memang akan dpersoalkan ;p

    BalasPadam
  2. and my truly impression is you're such a good mom to your own kids. it's good when you teaching them all the good lessons. :)

    BalasPadam
  3. hihihi. comeinya anak2 akak. :D bila nak bawa jumpa uncle Nadh ni. weee~~ :P

    BalasPadam
  4. sweetnye, kekadang kita lupa pkara2 mcm ni =)

    nnti sy dh kawin tak tahu la mcm mana...hrp2 bleh jadi isteri n ibu yg baik. tkut tak terluang masa..

    BalasPadam
  5. kadang2 adik sy salu buat mak sy terkedu. contoh mcm baca doa makan tu la. kat sekolah cikgu ajar baca tpkt rumah bce bismillah je. hehe. jadik adik sy ajar mama sy plak. :D kdg2 kita kena balance kan both pendidikan kan. kt sekolah dan di rumah. kdg2 x semua disekolah tu selamat pelajarannya dr segi pergaulan kawan.

    BalasPadam
  6. betul tu mas... kalau diorg tegur dan betul kita salah..ngaku je dan minta maaf pastu ikut apa yg diorg ckp.
    At least ilmu tu tak hilang gitu je.

    Pastu kalau kita pulak minta diikut apa yg kita nasihat..surely diorg ikut dgn penuh taat dan redha kannn :)

    Let's being a sweet mom hehe....

    BalasPadam
  7. tu dr kecik
    mama selalu suruhbasuh pinggan sendiri
    kene biasekan

    kalo x smpai ke beso anggapowg rumah ni mcm org gaji plak kan

    pendidikan dlm rumah mang pntgkan kak mass =)

    BalasPadam
  8. saya suka baca entri ini..
    bagus untuk dijadikan teladan..
    mmg akak ibu mithali! =]

    BalasPadam
  9. hehehe..comel aje kan..kami pun macam tu jugak kat umah...eipppp, baca doa dulu la mak... :p

    BalasPadam
  10. takut jugak yer kak mas. anak saya baru 9 bln, taktau lah mcmana bila dia besar nnt dlm zaman yg canggih nie. pengaruh kawan2 pn kuat. tp kalu kita lentur dia awal2 mesti ok kan.

    BalasPadam
  11. hmm..smga kak mas mampu mendidik mereka... moga mreka jdi yg lbih baik dri kta kta :D

    BalasPadam
  12. sangat sangat setuju.. Mendidik anak biar dari kecil kalau dah besar susah dah ..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com