Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 10 Oktober 2011

garangnya kak dengan anak

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google
kalau nak marah anak tu biarlah berpada2 dan tengok keadaan dan tempat jugak kan? ini tidak selamba je belasah dan tengking2 anak di khalayak ramai... tak rasa malu ke?

ini kisah semalamlah kat sebuah pasaraya di Nilai... seorang kakak ni selamba je marah anak dia depan2 orang ramai... siap tengking dan pukul lagi! padahal anak dia bukan buat salah besar pun, cuma merengek nak minta sesuatu je! garang betul kakak tu, kesian anak dia! suaminya pulak buat tak tahu je... agaknya malu nak mengaku bini kot?

Mas pun seorang ibu yang garang jugak... lebih garang dari husband Mas! kadang2 tu geram juga dengan perangai anak2... minta yang bukan2, kalau tak bagi merengek2! tapi Mas cuba sedaya upaya untuk kawal rasa marah tu supaya Mas tak lepaskan kemarahan di khalayak ramai... paling tidak pun Mas cubit atau tarik je telinga mereka... 

pastu bila dah masuk kereta atau takde orang, barulah Mas marah mereka... nasihat dan cakap dengan mereka sebab apa Mas marah... dengan cara tu mereka lebih faham dan berjanji tak akan buat lagi! 

garang dengan anak ni kena berpada jugak... takut emosi mereka terganggu!

18 ulasan:

  1. hurmmm

    kadang kerenah anak2 ni luar dugaan sungguh

    mmg mencabar nak melayannya...tambah2 lg kat khalayak ramai :(

    BalasPadam
  2. btul..anak2 ni jgn marah depan org. :)

    bagus la kak mas, kakak nina pn kalau marah anak dia, marah kt rumah je...depan org dia xmarah pn

    BalasPadam
  3. sama lar kak mas..kalau depan org seboleh boleh tak nak malukan anak kita..cubit muntut dia jer huhu..

    dah smpai umah baru mama start bagi tazkirah.. ;p

    BalasPadam
  4. suke cara kak mas . mak zana pun macam tu . tapi mak pernah cerita . waktu kecik zana ta banyak minta itu ini . cume da besar cer gini baru naa minta itu ini .

    heeeee . bagi zana biasa kot . sebab perempuan la kata kan :DD

    http://syazanasani.com

    BalasPadam
  5. selalu mcm tu, bila anak buat perangai dpn org kontrol je, kat dlm keta atau rumah siaplah hehe

    BalasPadam
  6. huuuuuu
    betol tu kak
    walau pun x kawen lagi
    hehehe
    sy ttp merasakan
    ada cr yg lbh molek kalo nk tego anak kan kak..

    BalasPadam
  7. teganya kakak itu tengking2 dekat anak dia sendiri. how could she is :'( sekalipun mahu kasi pengajaran sama anaknya, biarlah kena cara..:/

    BalasPadam
  8. nak marah takpe tapi janganlah depan orang. itu seolah mengaibkan anak. anak2 malu. saya dibesarkn dalam keluarga yg jenis macam tu. so sy faham perasaan malu tu.

    BalasPadam
  9. kadang2 mmg rasa nak mrh depan org..mcm berapi je rasanya...tp cuba kawal...
    dah follow sini..salam kenal..:)

    BalasPadam
  10. yup kita pun garang jugak, kadang kenalah jaga air muka anak kan..anak pun manusia ada perasaan..tak baiklah kan..abis2 kita pun marah anak2 dalam kereta jer..

    BalasPadam
  11. tak boleh kawal perasaan la perempuan tu...

    BalasPadam
  12. kepada ibu bapa diluar sana jangan garang sangat hehehe apa khabar mas? jalan jalan sini.

    BalasPadam
  13. mungkin anak jadi tempat melepas marah nya.. ada kes mcm ni..

    BalasPadam
  14. singgah balik.. thnks sb singgah di blog cherry..
    emm.. mungkin ibu 2 tertekan..kne bg kauseling 2...^_^

    BalasPadam
  15. salam mas...betul tu nak marah tu berpada2la jgn main ikut suka jer...:)

    BalasPadam
  16. aunty yang garang dengan uncle....

    Huhuhuhuhu

    BalasPadam
  17. hish my pn xsuke la klu ad family mcm ni...mrh dpn khalayak ramai.

    kalau my jd anak tudah lari jauh2..-.-'

    BalasPadam
  18. agaknya dia memang jenis dah biasa bergaduh laki bini depan orang kot.. sebab tu tak segan silu nak marah anak2 kat khalayak ramai pun..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com