Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 27 Oktober 2011

Hati-hati dapatkan susu derma

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas pernah tulis tentang perkara ini di blog, dan ia jugak menjadi isu hangat di akhbar. Hari ini Mas terbaca lagi mengenai isu ini di Berita Harian, jadi Mas nak petik beberapa pandangan mengenai perkara ini dari seorang pensyarah perubatan dan seorang ibu.


Pandangan dari Dr. Adlina Sulaiman
"Ibu bapa bayi mungkin tidak mengenali secara rapat latar belakang penderma, begitu jugak dengan tahap kebersihan ketika proses susu diperah serta teknik penyimpanannya betul atau sebaliknya. Sewajarnya pemilik susu itu dikenali rapat oleh ibu bapa bayi yang menerima susu berkenaan kerana apabila cukup tempoh penyusuan itu, akan wujudnya ibu susuan yang mempunyai pertalian istimewa dengan bayi itu hingga mensabitkan soal aurat dan sebagainya."

Mas sangat bersetuju dengan pandangan Dr. Adlina Sulaiman ini. Sebab kita nak berikan susu tu kepada bayi kita, jadi kenalah pastikan tahap kebersihan dan keselamatan susu tersebut. Janganlah sebab terdesak nak dapatkan susu untuk bayi, kita terima je susu dari orang yang tidak dikenali.

Pandangan dari seorang ibu pulak, Nurnahdatul Salwa
"Secara peribadi saya berpendapat penawaran susu badan menerusi internet kurang sesuai kerana latar belakang penderma, termasuk kesihatan dan akhlaknya tidak diketahui secara jelas. Tambahan pulak kalau masalah kering susu hendak dijadikan alasan, masih ada ikhtiar untuk menambahkan jumlah susu ibu termasuk pengambilan pil penggalak susu. Bukan dengan mudah memperolehnya menerusi internet. Kalau susu tidak cukup, saya lebih rela mendapatkan daripada saudara mara terdekat berbanding orang yang tidak dikenali."

Memang tepat sekali apa yang dia perkatakan, banyak cara sebenarnya kita nak tambah susu. Ambil vitamin atau supplemen yang bersesuaian, memang banyak dijual di klinik atau farmasi. Janganlah jadikan semua tu alasan untuk kita cari cara yang mudah kan?

Pastu usahalah cari saudara mara yang lebih rapat, jangan mudah nak dapatkan menerusi internet dari orang yang kita tidak kenali.

7 ulasan:

  1. erksss ada ke yang seberani itu?
    aihh bukan senang nak percayakan kt org ooo..nak nak utk kegunaan anak tersayang..aihh sila berhati hati..

    BalasPadam
  2. ermm
    betul tu kak
    sebb susu makanan utama juga utk tumbesaran bayi dan budak2 kan =]

    BalasPadam
  3. bab ibu susuan tu lah...susah. n ingat senang ke nk record. plak kang budak2 tu bila dah besar terjatuh cinta sesama mereka..mana nk sedar kan.

    BalasPadam
  4. Err benda macam ni kena waspada lebih sebab kena kira dari setiap aspek kot rasanya..banyak sudut kena fikirkan sebelum amek susu derma nihh..Teknologi makin maju takot nanti mendatangkan bahaya pulak kann..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com