Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 3 Oktober 2011

ibu... kenapa ibu buang kami!

Assalamualaikum...(^ ^)

Newborn by ~Far-From-Krypton on deviantArt
ibu... kenapa ibu buang kami..
tidak kan ibu sedih mendengar tangisan kami..
meratap meraung minta simpati..
tapi ibu tetap tidak peduli, kami dibuang seperti sampah..

ibu... kenapa ibu buang kami..
apa salah dan dosa kami..
kami hanya seorang anak kecil yang perlukan kasih sayang ibu
kami tidak tahu apa2 tentang dunia..
tapi kami dibiarkan mati tanpa sempat melihat dunia

ibu... kenapa ibu buang kami..
ibu yang berdosa kami yang tanggung akibatnya
tidakkah ibu ingat saat mengandungkan kami..
saat ibu kesakitan melahirkan kami..
saat mendengar tangisan pertama kami..

ibu... kenapa ibu buang kami..
tidakkah ibu takut akan balasan nanti..
dosa yang ibu lakukan sehingga terciptanya kami..
dosa yang ibu lakukan dengan membuang kami dan membunuh kami..
takutlah ibu... takutlah!

(nukilan : mas saari)

sedih, sebak dan geram bila terbaca kisah pembuangan bayi di dada2 akhbar... kenapa mereka yang perlu menjadi mangsa di atas dosa yang dilakukan oleh ibu mereka! dibuang sana sini tanpa belas kasihan... 

ingatlah wahai mereka yang bergelar ibu, anak itu amanah Allah... walaupun ia tercipta bukan dari hubungan yang halal dan suci! dia tetap anak kita dunia dan akhirat...

10 ulasan:

  1. kak mas mungkin dia beranak tak sakit kot..kita beranak bertarung nyawa..

    terfikir masa dia buang tu..mana hilangnyer naluri seorang wanita yg penuh dengan kelembutan..hurmm..

    BalasPadam
  2. hanya orang yg tak berperikemanusiaan saja yg tega melakukan perbuatan keji itu,
    kasihan kan sama baby yg tidak bersalah :(
    semoga saja mereka2 yg melakukan perbuatan sedemikian cepat2an insaf :')

    BalasPadam
  3. hmmm.. sedih sgt nina bla tgk berita pmbuangan bayi.. sedih sesgt..majoriti yg beragama Islam kta ni...

    BalasPadam
  4. ye la kan
    kesiannya
    apa la salah baby nie

    BalasPadam
  5. =(
    sedih jugak bile bace
    kalo tak jage, bagi la kat org yg memerlukan
    jgn dibuang macam smpah
    sedgkan kan sampah pon ada tmpat nak buang nye
    ni kan pule anak yg bernyawa yg suci dari dose..=(

    BalasPadam
  6. ala comelnya baby tu ;') saya sgt pelik pd org yg buang bayi. xde rasa kasih ke dalam hati mahupun naluri keibuan ?

    BalasPadam
  7. sedihnya...sedangkan orang lain lebih memerlukan anak, mereka pula membuangnya sesuka hati..

    BalasPadam
  8. dunia dah akhir zaman..macam ni lah jadinya..Binatang pun tahu sayangkan anak..

    BalasPadam
  9. salam mas...cian nyer die kenapa lah manusia yg melahirkn kamu x berperikemanusiaan....kejam betul sape yg sanggup buang anak tu...:)

    BalasPadam
  10. memang sedih dgr kes2 mcm ni.. kita beranak punyalah sakit tuhan saja yang tahu.. bukan mudah nak melahirkan tp hairan kenapa senang2 je mereka buang bayi2 mereka tu.. binatang pun tahu sayangkan anaknya ..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com