Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 25 Oktober 2011

Impian si anak

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa mengandung anak pertama naluri Mas kuat mengatakan anak dikandung itu adalah anak perempuan. Memang Mas nak anak sulung perempuan, nanti dia boleh jaga dan ajar adiknya.

Sekarang dia dah semakin dewasa dan boleh diharap jaga adiknya yang sorang tu. Dah pandai bebel dan marah adiknya, macam Mas marahkan mereka. Dia jugak tegas dengan adiknya, rajin tunjuk ajar adiknya dalam pelajaran. Jadi Mas percaya dia boleh jaga adiknya dengan baik.


Tapi dalam sibuk jaga adiknya, dia ada impiannya sendiri. Katanya nak jadi macam mama, terharu Mas. Setiap kali keluar jalan² nak cantik, jadi kenalah calitkan sikit mekap kat dia. Beli baju pun mesti nak pilih sendiri, kalau Mas pilih mesti tak berkenan.

Bila berborak dengan dia pun macam² impian yang dia inginkan, nak belajar sampai masuk universiti. Pastu nak dapat kerja yang bagus dan kumpul banyak duit, katanya nanti boleh bagi duit tu dekat mama dan babah.

Itulah impian si anak, Mas harap sangat ia jadi kenyataan. Mas sentiasa doakan dia membesar sebagai anak solehah, supaya bila dewasa dan berjaya nanti dia tak lupakan orang tuanya.

8 ulasan:

  1. alolololo
    kak masss
    nape comel sgt anak akak ni..
    mestilah nak jadi cm mama kan dik!
    hehehe
    anak petame nilah yg nak tolong mama nye nnti =]



    p/s: pweiitt! header bru ye kak..cun gileeeeerrr ahh =]

    BalasPadam
  2. encit papa dulu kalau boleh nak anak lelaki sulung huhu..alhamdulillah Dia makbulkan ;)

    katanyer dapat wariskan bisnez yang ada sekarang..abg long pun sama mcm anak kak mas..ketegasan dalam kelembutan hehehe..mungkin anak sulung kot kan..

    harap anak anak kita dapat jadi anak yg berjaya dunia dan akhirat ;)

    BalasPadam
  3. Sjok prot akak

    bestla de ank gni

    BalasPadam
  4. anak kamu Mas?

    dah besar sure ramai peminat ni....!

    BalasPadam
  5. nina tgk muka dia bnyak iras apaknye :D

    BalasPadam
  6. bagusnya dia....moga jadi anak solehah... ameen...

    cantik header baru akak~ ehehe

    BalasPadam
  7. semoga menjadi ank yg solehah dan berbakti kepada ibu bapanyer..=)

    BalasPadam
  8. kak mas, insyaAllah. mak saya salu kata anak perempuan ni dream dia lebih besar brbanding anak laki. :) nk ajar kemas umah pun sng. hehe. bagus niat anak kak mas. :) insyaAllah dia akan mmbesar mnjadi budak yg solehah jika begini la didikan ibu ayah nya :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com