Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 17 Oktober 2011

memilih rumah terbaik

Assalamualaikum...(^ ^)

rumah Mas masa proses renovation
setiap daripada kita mesti nak memiliki rumah sendiri kan? rumah yang dibeli hasil dari titik peluh berkerja mencari rezeki... rumah yang boleh menjadi tempat kita berteduh dari hujan dan panas!

tapi nak membeli dan memilikinya tak semudah yang kita sangkakan... banyak perkara yang perlu kita selidik dan rancang sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah! biarlah kita cari rumah yang betul2 terbaik dan jadi hakmilik kita turun temurun!

antara perkara yang paling penting dan perlu kita ambil berat sebelum membeli rumah...

(i) latarbelakang pemaju... pastikan pemaju memiliki syarikat yang stabil dan mampu siapkan rumah yang kita hendak beli mengikut terma dan syarat... ini untuk mengelakkan kita terpilih pemaju yang dah hampir bankrap!

(ii) kedudukan rumah... startegik atau tidak! dalam hal ni banyak aspek yang perlu kita lihat! antaranya seperti kemudahan awam di kawasan tersebut, jarak perjalanan nak ke tempat kerja, pengangkutan awam dan tahap keselamatan di situ!

(iii) harga rumah... ini yang paling penting! mesti kita nak beli rumah mengikut kemampuan kita kan? janganlah sebab kita berkenan dengan rumah tu kita beli jugak walaupun tak mampu!

(iv) status hakmilik... carilah rumah yang hakmiliknya kekal! kita akan miliki tanah dan rumah tu selama2nya! barulah senang nak wariskan pada anak2 nanti...

jadi buatlah pilihan terbaik kerana rumah itu adalah aset utama kita...

7 ulasan:

  1. betul tu kak mas..latar belakang pemaju sgt penting..utk mengelakkan kelewatan dalam pemberian kunci nanti ;)

    mcm kami dulu pilih glomac..glomac memang on time..so saper nak cari umah boleh cari glomac hehehe

    BalasPadam
  2. rumah kak zu di kawasan luar bandar kl, dah dekat dengan sempadan negeri sembilan

    BalasPadam
  3. infor baik! patut dibaca oleh pembleli rumah ...
    er..cantik renovation!

    BalasPadam
  4. marina pon tengah dlm proses beli rumah...takmo demand2...dekat ke jauh dah letak no.3 kot..rumah dah semakin mahal...kan kan

    BalasPadam
  5. info yg baik tuk saya yg tercari2 rumah ni...

    BalasPadam
  6. terima kasih kak mas for the tips! :) paling penting adalah pegangan bebas tu !

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com