mrs secretary

Ahad, 23 Oktober 2011

Reviem filem Real Steel : Superb!

Assalamualaikum...(^ ^)

Dapat jugak akhirnya menonton filem ini, filem yang terbaik selain Transformers.


Sinopsis filem
Ia mengenai pertarungan antara robot besi yang dicipta oleh manusia. Ia mengisahkan perhubungan antara ayah dan anak yang terpisah sejak kecil. Max yang kematian ibunya dibenarkan berjumpa dengan ayahnya Charlie yang pernah menjadi peninju ternama. Ayah Max jugak sangat taksub dengan dunia tinju robot sehingga mencipta robot sendiri, tetapi minat yang mendalam itu tidak pernah membuahkan hasil apabila robotnya sering kalah dalam pertarungan. Sehingga pada suatu malam semasa mencuri bahagian robot, Max menemui robot bernama Atom, apa yang terjadi selepas penemuan itu. Adakah Atom berjaya menjadi robot terunggul dan memenangi pertarungan.

Review Real Steel
Yang menariknya cerita ini penuh dengan elemen kepercayaan dan kasih sayang, terutama kepercayaan seorang anak kepada ayahnya semasa pertarungan robot mereka. Si anak percaya yang ayahnya boleh lakukan yang terbaik untuk robot mereka menang. Kasih sayang antara mereka jugak jelas terpancar walaupun si ayah terpisah dengan anaknya sejak lahir lagi. Selain itu ada jugak diselitkan eleman kelakar yang boleh membuatkan penonton tertawa.

Pastinya Mas memang teruja menonton filem ini, terutama semasa aksi pertarungan robot yang bernama Atom. Setiap kali robot itu berjaya mengalahkan lawannya Mas akan tepuk tangan, ini kerana aksi pertarungan itu sangat mendebarkan. 10 bintang untuk Real Steel!

5 ulasan:

  1. ya btoll..cite ni best giler...elemen kasih syang anak dgn ayah tu yg pnting tu...

    BalasPadam
  2. terbaik sangat cerita RealSteel ni. saya macam nak nangis bila tgk cerita ni. sbb best sgt. hehe. cuma mula2 macam sakit hati sbb bapak dia degil sgt.

    BalasPadam
  3. kakak saya yang sorang ni memang suka tengok movie..hehehe

    BalasPadam
  4. weeeeeeeeeeeeee
    mimi bru tgk tadi kak!
    sgt la best
    seolah2 robot tu ada spirit dr max tu kan?

    heeee =]

    BalasPadam
  5. Dah lama tak tengok muvee :'(

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com