Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 9 Oktober 2011

review filem Al-Hijab : seram jugaklah!

Assalamualaikum...(^ ^)

pulun tengok wayang lagi, ambil kesempatan sebab husband masih bercuti! kalau dia kerja memang tak merasalah! husband nak tengok Three Musketeers tapi Mas berkeras nak tengok cerita Al-Hijab.. nak tengok sejauh mana keseraman filem tersebut! 



sinopsis filem
filem ini mengisahkan Rafael adalah seorang pelakon baru dan dia mendapat tawaran berlakon filem hantu.. pengarah filem tersebut minta dia menonton lebih banyak filem seram untuk lebih menghayati watak.. tetapi Rafael tidak percaya dengan kewujudan hantu.. lalu dia bercadang untuk membuka hijabnya! dia pun pergi berjumpa dengan Mak Itam dan seterusnya hijabnya dibuka.. bila sudah dibuka dia boleh melihat makhluk tersebut dan barulah dia percaya! apa yang terjadi kepada Rafael selepas hijabnya dibuka?

review Al-Hijab
pada permulaan cerita memang agak membosankan dan membuatkan mata Mas mengantuk.. tapi bila Rafael dah buka hijabnya dan dia diganggu oleh pelbagai jenis hantu, barulah cerita terasa seram! banyak babak suspen dan membuatkan Mas terkejut! terutama bila melihat watak hantunya yang begitu menyeramkan, serius muka hantu tu sangat menakutkan.. boleh terbayang lagi sekarang! dan ada juga diselitkan sedikit babak kelakar yang mencuit hati..

secara keseluruhan seram jugaklah filem ni, Mas boleh bagi 6 bintang je!

14 ulasan:

  1. 6 bintang ? ni best tak best sgt nih. hehe. LIBAS lg hebat! :D em tp dah kak mas cakap macam tu, saya akan tgk LIBAS lah. tp rsenye three musketeers tu macam best je :D

    BalasPadam
  2. kalo saya ni, memang tunggu yang donlod aje la..adehhh...

    BalasPadam
  3. kak es cerita seram ni tak berkenan...bukan apa, heheeh takuttt hahaha

    BalasPadam
  4. huuuuu
    tunggu adik abis PMR je nihhh
    bru bole pi tibai tgk wyg cukup2
    hehehehe

    BalasPadam
  5. belum sempat tengok

    sebab baru je tengok libas

    hihi

    BalasPadam
  6. horror movie kadang kalanya seram dan ada juga yg tidak..but i bet filem ini boleh tahan seram kot..via its poster i can see its babak seram ;)

    BalasPadam
  7. horror movie nie nina xbrp suka tgk.. ntah, bukan takut tapi xbrp minat sgt...

    BalasPadam
  8. ok tak kak cite ni ??? sebab membe sy ckp menyesal dia beli tiket tengok...

    BalasPadam
  9. @solomolo
    oklah jugak! akak pun nyesal gak beli tiket sebab ceritanya takdelah seram sangat seperti yg digambarkan..

    BalasPadam
  10. Menarik betul ke? hehee.. 6 bintang dpt tu!

    BalasPadam
  11. macam tak berapa nak best jer..hehehe

    BalasPadam
  12. 6 bintang tu mesti atas pagar je kan kak mas..antara best dan tak best hehe..

    BalasPadam
  13. hee...mesti Ms Secretary tak minat yang time Qiss ngn Rafael berjiwang2 tu kan...haha... kami pun ada wat review al-hijab gak...jemput singgah ya... di http://www.kakiwayang.com

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com