mrs secretary

Ahad, 30 Oktober 2011

Review filem The Three Musketeers : Menarik!

Assalamualaikum...(^ ^)

Barulah dapat menonton filem ni. Dah lama nak tengok, tapi hari ini baru ada kesempatan.


Sinopsis filem
Filem ini berdasarkan kisah benar dari sebuah novel The Three Musketeers. Cerita bermula apabila Athos, Aramis dan Porthos adalah 3 orang sahabat baik yang digelar Three Musketeers pergi ke kota Italy untuk mencuri pelan membina kapal laut yang boleh terbang di udara. Mereka jugak dibantu oleh Milady. Tetapi apabila pelan itu berjaya diperolehi, Milady telah mengkhianati mereka dengan menyerahkan pelan tersebut kepada Buckingham.

Selepas 3 tahun dikhianati oleh Milady mereka hanya berdiam diri dan sehinggalah mereka berjumpa dengan D'Artagnan yang datang ke kota Paris untuk menjadi musketeers. Bermula dari situ mereka bersemangat menjadi muskeeters kembali, kemudian mereka dipilih menjadi pahlawan istana oleh Raja Paris. Cerita berakhir apabila mereka berempat berjaya menyelamatkan nama baik Queen of France.

Review The Three Musketeers
Keseluruhan cerita ini menarik. Kecekapan Three Musketeers bermain pedang dan merancang pelbagai strategi dan muslihat menentang pihak lawan memang menakjubkan. Sikap bekerjasama mereka sebagai sahabat juga amatlah dikagumi, Mas bagi 7 bintang!

8 ulasan:

  1. main lagi ke kat panggong, ke ni?

    BalasPadam
  2. ramai org kata cerita ni best tp sy baca paper hr tu dia bg 3 over 5 je kak mas. hari tu nk tgk pastu tak jadi..tu terus tgk real steel ! hehe. tu mmg terbaikk lah. :)

    BalasPadam
  3. walllah
    ari tu nk tgk ni ke nak tgk the thing
    last skali tgk the thing yg grrrr
    alooo
    nak kene tgk ah niii =]
    hehehhee

    BalasPadam
  4. @gedek!
    main lagi...kat alamanda! tapi 1 hari 2 tayangan je..

    BalasPadam
  5. @Namee Roslan
    bagi akak best je, sebab kelakar dan akak tak bosan tengok! heheheeee

    BalasPadam
  6. @aimie amalina
    akak memang dah lama nak tengok sebab ramai cakap best.. the thing tu tak boleh tengok sebab 18SG, akak ada anak kan?

    BalasPadam
  7. Dah lama tak tengok muvee.. Huwaaaa :'(

    BalasPadam
  8. dah tengok jugak ..
    sangat best . *thumbs up .

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com