terkini dan sensasi

Jumaat, 7 Oktober 2011

syukur dengan rezeki bajet

Assalamualaikum...(^ ^)

selesai sudah pengumuman Bajet 2012... 

alhamdulillah, Mas sangat berpuas hati! rasanya inilah bajet yang terbaik...

ini yang paling dinantikan... alhamdulillah!
semua golongan rakyat mendapat ganjaran dan keistimewaan yang terbaik... bagi Mas antara intipati bajet yang memberi manfaat kepada Mas dan keluarga adalah...
  • yuran persekolahan bagi murid sekolah rendah dan menengah dimansuhkan mulai tahun 2012... syukurlah, lepas ni tak perlulah bayar yuran sekolah lagi... cuma sediakan duit untuk beli buku anak2 je!
  • bantuan persekolahan RM100 akan diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara mulai tahun hadapan... baguslah, at least anak2 ada duit untuk beli buku2 latihan persekolahan... duit ini akan dimasukkan ke dalam akaun BSN anak2!
  • bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam yang ingin melanjutkan pelajaran... bagus jugak ni! manalah tahu Mas ada niat nak sambung belajar nanti, bolehlah mohon bantuan ni...
  • umur persaraan dilanjutkan ke 60 tahun... kalau masih mampu dan larat untuk bekerja, tak salah kan? bergantung pada tahap kesihatan jugak...
  • tambahan bonus 1/2 bulan gaji pada bulan Disember... alhamdulillah, syukur sangat! adalah peruntukan perbelanjaan untuk beli baju sekolah anak2 nanti! 
  • pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)... melalui sistem baru ini penjawat awam akan dapat kenaikan gaji dari 7-13% dan kenaikan gaji tahunan RM80-RM320 mengikut gred! inilah yang paling dinanti2 kan... dengan kenaikan gaji ini dapatlah membantu meringankan sedikit beban kewangan Mas sekeluarga!
syukur dengan semua pemberian ini... terima kasih Perdana Menteri!

8 ulasan:

  1. banyak gak berita baik kan budget 2012 ! :D

    BalasPadam
  2. bagus lah kalau ia memberikan faedah...semoga terus bersemangat

    BalasPadam
  3. penerangan yang baik dari kak mas.
    abah cikgu.
    alhamdulillah.

    BalasPadam
  4. OUR PM HAS GIVE OUT ALL THE BEST TRANSFORMATIONS!! i'm really proud of him :')
    alhamdulillah.

    BalasPadam
  5. Kebetulan tengah mohon nak sambung master.Camana nak mohon bantuan pengajian tu ye?Share link kalau ada info ye.

    BalasPadam
  6. salam mas...alhamdullilah semuanya adalah kerana keikhlasan PM kita moga akan ada yg lebih baik nanti kn...:)

    p/s hidup PM kita dpt membantu rakyat semua...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com