terkini dan sensasi

Selasa, 11 Oktober 2011

tangan panas kot

Assalamualaikum...(^ ^)

balik kerja semalam, terpandang pasu di tepi pagar... terus Mas geleng kepala!

tengoklah, entah pokok apa yang tumbuh... pokok bunganya dah mati! 

macam nilah Mas, tengok orang tanam pokok bunga Mas pun nak tanam... pantang nampak nursery jual pokok-pokok bunga mesti nak singgah dan masuk... pastu beli sepasu pokok bunga! tak sampai dua minggu kat rumah pokok dah mati, yang tumbuh segar pokok entah apa-apa entah...

Mas akui memang Mas tak pandai jaga pokok bunga... belilah berapa pasu pun mesti mati pokok tu! pernah sekali Mas beli 2 pasu pokok orkid... masa beli tu siap tanya lagi dengan taukeh kedai tu cara penjagaan, baja apa nak letak, nak siram berapa kali dan macam-macam lagilah... tapi masuk je dua minggu pokok orkid dah mati menyembah bumi... tak tahulah macam mana Mas jaga, padahal dah ikut dah cara taukeh kedai tu ajar... 

memang tangan panas kot? tak serasi dan sesuai nak bercucuk tanam... hanya sesuai ketuk keyboard taip blog jelah... sekarang ni husband Mas dah melarang keras Mas beli apa jenis pokok bunga pun! katanya kesian kat pokok tu, tak pasal-pasal mati! sungguh menyentuh hati kan ayat tu!

tanam bunga plastik jelah... senang, hidup selamanya! (ayat pujuk hati ni)

12 ulasan:

  1. heh cuba tanam pokok duit pulak, senang je nak jaga, tak siram seminggu pun hidup lagi :D

    BalasPadam
  2. xpernah try tanam pokok sendiri lg..hihi tp skrg tgh plan nk tanam rumput karpet..org kata payah nk jaga..hekhek kita tgk je la nnt apa jd dgn rumput karpet belaan yanamib dan ujang9897 =P

    BalasPadam
  3. huhuhu biasanyer yang menanam ni suruh suami je kak mas..apa kata suruh suami kak mas tanam..mana tau menjadi kan ;)

    BalasPadam
  4. mmg ada jenis yg x seswai nak tanam menanam nie..

    xpe, try suruh asbend akak plak :D

    BalasPadam
  5. erm...tgn panas kot, mcm mak nina.. tanam apa sekali pun msti hidup subur,, kekadang tu xletak baja pn...

    BalasPadam
  6. bunga plastik pon ok jugak ape kak. hehehe :p

    BalasPadam
  7. apa kata, kak tanam pokok bunga plastik.
    hehehe

    BalasPadam
  8. salam mas...cian nyer tanam bunga lain yg plak yg tumbuh...tukar tgn la mcm ni baru boleh tumbuh...hehehe....:)

    BalasPadam
  9. agaknya pokok tak leh kena cuaca panas kot, yg senang tanam pokok duit.....senang dan subur je tumbuh

    BalasPadam
  10. tanam pokok plastik..bernas jugak..heee

    BalasPadam
  11. ahaha, kalau saya nnti takmau rumput takmau apa...buat cement n tiles je semua. sbb ssh lah nk jaga pokok :( atau upah org je.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com