Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 31 Oktober 2011

Tips pemakaian contact lens

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang sudah jadi ikutan sekarang ramai yang memilih memakai contact lens, dan yang paling popular sekarang adalah contact lens berwarna atau lebih sinonim dipanggil Geolens. Contact lens ini boleh didapati dengan mudah secara online. Bagi orang yang rabun jauh macam Mas ni, diakui memang Mas ada memakai Geolens. Mas mula memakainya sejak tahun 2009, sebelum itu Mas hanya memakai contact lens biasa yang dipakai sebulan sekali.

Sebelum memakai Geolens, Mas ada dengar yang mengenai bahaya memakai contact lens berwarna. Ada Mas baca di internet yang mengatakan mata pemakai contact lens berwarna boleh rosak dan buta. Bukan Mas tak percaya tentang semua itu tetapi jika kita pandai jaga kebersihan semasa memakai contact lens sudah pasti perkara tersebut boleh dielakkan. 



Jadi disini Mas nak kongsi sedikit tips pemakaian contact lens yang Mas amalkan. 

(1) Mas pakai Geolens hanya pada waktu bekerja iaitu dari jam 6 pagi sehingga ke 5 petang, iaitu lebih kurang  11 jam. Tetapi Mas tak memakainya terus 11 jam kerana contact lens tidak elok dipakai lebih dari 8 jam. Jadi bermula jam 1 tengahari sehingga jam 4 petang Mas akan buka contact lens tersebut, maknanya Mas rehatkan mata selama 3 jam tanpa memakai contact lens.

(2) Sebelum memakai contact lens Mas akan pastikan tangan dicuci dengan bersih. Ini untuk pastikan tahap kebersihan lens tersebut semasa dipakai. Perkara ini penting tau, tak boleh malas!

(3) Simpan contact lens di dalam bekas anti bakteria. Ini bagi mengelakkan lens kita tercemar oleh bakteria yang menyebabkan ia tak selamat lagi untuk dipakai.

(4) Kekalkan penggunaan pencuci lens yang sama. Mas memang tak pernah tukar pencuci contact lens kepada jenama yang berlainan. Mas suka pakai jenama SoloCare, sangat selesa untuk mata Mas!

(5) Gunakan lens drops semasa kita memakai lens. Semasa memakai lens mata kita akan selalu berasa kering, nak pulak bilik berhawa dingin. Pemakaian lens drops memang elok untuk mengelakkan mata dari terasa kering dan berlakunya iritasi.

(6)  Tukar lens sekurang²nya 3 bulan sekali. Memang Geolens boleh dipakai selama 1 tahun tetapi untuk mengelakkan berlaku kemudaratan kepada mata kita lebih elok ia ditukar sekerap yang mungkin. Bagi Mas biasanya akan tukar 2 atau 3 bulan sekali. Kalau Mas dah rasa tak selesa pakai lens tersebut terus Mas beli yang baru.

Jika kita amalkan tips² ini sudah pasti mata kita akan selamat. 

15 ulasan:

  1. kak mas..rasanyer ai memang ditakdirkan tak boleh pakai lens rasanyer sbb asal pakai jer mata akan gatal sampai merah merah..berair air lagi..

    owh sila lupakan! memang tak sesuai huhu..

    BalasPadam
  2. pakai lens. tapi tak pernah pulak tahu pasal lens drops hehehe

    BalasPadam
  3. @PinKy MoMMa
    kalau mata tak rabun takpe dik... lagi elok kalau tak pakai!

    BalasPadam
  4. @cik EPAL
    ada! Mas pakai jenama Complete Blink-N-Clean.. boleh dipakai masa kita pakai lens tu! try cari kat watsons..

    BalasPadam
  5. kalo gune eye mo moist ok tak?

    BalasPadam
  6. waaaaaa
    bagusnye info kak mass ni..
    mimi ni, yg rabun ni teringin gak nak pkai contact lens
    tapi takot jek nak cube
    huhuhu

    aduhai..
    mungkin dgn tips akak ni buat mimi bole la cube dgn selamat kan =]

    BalasPadam
  7. @Lea Isnawi
    jangan sesekali guna eye mo bila pakai contact lens... dia akan buat mata kita lebih kering!

    pakai lens drop! ada jual di watsons, macam2 jenama ada..

    BalasPadam
  8. @aimie amalina
    akak pun takut jugak masa mula2 nak pakai... tapi akak minta nasihat pakar mata dulu, baru berani cuba!

    BalasPadam
  9. Kak mas,dulu MTT penah gak pakai tapi tak tahan lama.. Pakai kejap jer mesti tak selesa rasa nak bukak.. Hehe

    BalasPadam
  10. pakai lens sekali jer masa tunang ari tuh...itu jer...
    now memang pakai spek jer...
    memang nak pakai lens kene disiplin kan...

    BalasPadam
  11. adk akak ni smpai sekarang tak berani nak pakai. hihihi

    BalasPadam
  12. saya setuju dgn kak mas. bg sy la selamat je pakai cntct lens tp jaga la. n jgn beli yg tipu dan takde kualiti. kalau namee, namee pakai yg tahan 3 bulan tu. satu color jela namee pakai. hehe. nk pakai lebih kaler biru mcm x kena je. saya makan belacan. hihi. kawan sy pakai lens n tdo dgn lens,,bengkak mata dia.

    BalasPadam
  13. mas solution tu utk basuh je ke?kalau nk smpn lens kena letak solution x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak simpan pun kena letak jugak.. kalau tak lens akan jadi kering.. :)

      Padam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com