Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 11 November 2011

Ajar anak tidur sendiri

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa anak yang sulung berumur 3 tahun, dia dapat adik. Jadi Mas asingkan tempat tidur dia, Mas bentang tilam di sebelah katil kami dan dia tidur di bawah. Adiknya pulak yang ambil alih tidur di sebelah Mas, dan bila dia dah berumur 6 tahun terus Mas ajar tidur sendiri.

Mula² nak ajar memanglah susah, macam² karenah dia. Terjaga pukul 4 pagilah, katanya ada hantu dalam bilik dia. Pastu menangis tengah malam sebab takutlah, dan suruh kami tidur depan pintu bilik dia. Tapi nak ajar kan, kenalah sabar dan hadap jelah karenah dia tu.


Nak ajar tu pulak, kena ada caranya. Cakap elok² dengan anak, katakan yang dia dah besar dan kena tidur di bilik sendiri. Pastu pilihlah cadar yang dia suka dan cat bilik dengan warna yang dia minat, barulah dia bersemangat nak tidur kat bilik tu. Jangan lupa sediakan lampu tidur, takdelah bilik tu gelap sangat kan?

Masa minggu pertama nak ajar tu, jangan tutup pintu bilik dia dan bilik kita. Biarkan terbuka supaya dia tahu mama dan abahnya ada, dan dia senang nak beritahu kita kalau ada apa² terjadi. Yang paling penting sebelum dia tidur kita bacalah surah Al-Fatihah dan ayat kursi bersamanya, kata pada dia ayat² tu adalah pendinding supaya tidur tidak diganggu oleh syaitan.

Mudah kan, yang penting kena sabar dan usaha!

11 ulasan:

  1. erm betol kak

    kdg geram je ngn anak buah

    kene belaja tdur sndri dr kecik

    BalasPadam
  2. aduhaiii
    cara kak mas ni penuh berhemah dan kasih syg, memang la mudh je anak2 nak ikot =]

    weeeeee

    BalasPadam
  3. entri mcm ni yg best baca..=)

    kak kongsi ler utk jaga baby kak..=)

    BalasPadam
  4. @Ujang9897
    ok! nanti akak kongsi ye! kena ingat balik ni, maklumlah dah lama takde baby...heheheee

    BalasPadam
  5. terimakasih infonya :D.. thanks for share

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM100, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    BalasPadam
  6. bila baca post ni teringat pula pada situasi masa saya mula2 kena pisah bilik tidur.. saya tidur seorang kat dalam bilik.

    mula2 agak takut gak tapi lepas beberapa hari jadi ok dan selesa ada tempat tidur sendiri. hehe

    BalasPadam
  7. i still remembered when the first time i'd to sleep alone in my bedroom, perasaan takut pun pasti muncul dalam diri..bunyi sesuatu dalam kamar pun disangkan hantu and many more scary things..hehe. it's damn funny. your advice to your children is really effective :)

    BalasPadam
  8. assalamualaikum mas...betul tu yg penting kena sabar dgn kerenah mereka dan melentur buluh tu kan dr rebungnya baru boleh menjadi kn...:)

    BalasPadam
  9. wah bagusnya akak...my sis,anak die dah 5 tahun baru nak ajar letak tilam lain sbelah katil...huhu..harap2 my niece pon akan jd anak yg kuat n berani :)

    BalasPadam
  10. hehe, tergelak baca commnet dr azfar tu haaa. tu nk dapat baby baru tuh! akak kena share pasal nk jaga baby plak. hehe. :)

    saya dulu pun takut nk tidur sorg..hiihihi. tp sy ni jenis tak manja....bila kata takut kena marah. ;''( sobs.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com