terkini dan sensasi

Jumaat, 11 November 2011

Akhirnya mereka berpisah

Assalamualaikum...(^ ^)

Terkejut Mas dengar bila mereka dah berpisah, sebabnya kerana tiada anak.

Mas kenal mereka masa husband bertugas di Balai Bomba Subang Jaya, mereka berkahwin sama tahun dengan Mas kahwin iaitu 2002. Kiranya tahun ni dah 9 tahunlah mereka berkahwin, tapi masih belum dikurniakan anak. Akhirnya jalan ini yang mereka pilih.


Kesian pulak bila tahu tentang perpisahan mereka, tak sangka pulak sampai camni jadinya. Terfikir Mas, kenapalah mereka ambil jalan singkat untuk selesaikan masalah. Bukannya tak boleh berikhtiar dan mencuba sehingga berjaya, cara tradisional ada dan cara moden pun ada. Yang penting kena rasa yakin dan percaya!

Satu hal lagi, jangan degil dan ego. Terutamanya suami, tak salah cuba pergi berubat. Manalah tau ada masalah kesihatan ke, janganlah berkeras hati tak mahu mencuba. Yakin je awak takde masalah kesihatan. Kalau isteri je yang nak berusaha dan mencuba, tak boleh selesaikan masalah jugak.

Kalau dah mencuba dan berusaha tapi rezeki itu tetap takde, jangan putus asa. Redha dan bersyukur, mungkin ada hikmah kenapa Allah tidak kurniakan kita zuriat. Kita masih boleh ambil anak angkat dan besarkan seperti anak sendiri. Walaupun tak sama dengan zuriat sendiri, mereka tetap anak kan? Janganlah pilih cara singkat seperti berpisah untuk selesaikan masalah.

Simpati sangat dengan kawan Mas tu. Tapi kalau dah jodoh mereka setakat itu sahaja, tak boleh nak buat apa² dah kan? Mas doakan yang terbaik sahaja untuk mereka.

14 ulasan:

  1. kenapa cerita cerai ni semakin koman sekarang?

    Hmmmm...

    BalasPadam
  2. sedihnyeeeee =(
    terasa sangat sedih..berpissah keran zuriat. Tuhan itu Maha Pemberi, yang penting kita berusaha kan kak. Mimi tak tawu la cm mane asenye sebab tak kawin lag, tapi mimi percaya setiap yg ada masalh, mest ada penyelesaiannya kan..

    BalasPadam
  3. ramai gak lelaki ego kalau jd mcm ni tanak cek..,

    tapi kalau dah cek juga hurm..entah la...

    BalasPadam
  4. perkataan cerai sekarang mcm mainan bibir je kan :(

    BalasPadam
  5. mari kita sama2 doakan kebahagiaan kedua2 mereka...insyaallah

    BalasPadam
  6. jodoh diorang setakat tu je mas... doakan kebahagiaan masing2 kemudian.. mungkin rezeki dengan pasangan lain...sapa tau..

    BalasPadam
  7. rini dah 3 brita penceraian sy dengar..pg td ank jiran..sebaya ngan saya, ada anak sorang..mmg xsangka..sedih sy dengar tp tu lakan, sampai situ je jodoh diorg.

    BalasPadam
  8. alahai sygnyeee..
    yela kan kdg2 isteri dah cek tp suami tanak cek sbb takut dituduh mandul..
    tp kalau kate dua2 kesihatan oke, mungkin belum ada rezeki...

    dah ini jln diorg pilih nk buat camne kan...

    BalasPadam
  9. Ya Allah..skrg ni mcm2 usaha blh kte buat tuk dptkan ank. bukan pnceraian jalan penyelesaian... hmm... nk wat cmne..bnda dh jadik

    BalasPadam
  10. tadi baru tengok kat WHI , ubat UMAIRAH untuk org yg taboleh mengandung. mungkin itu takdir mereka kan . hanya Allah je yang tahu :)


    jemput dtg cny , bg komen 1st cerpen sy :)

    http://ribenablackcurrent.blogspot.com/2011/11/1-cerpen-cupid-cinta.html

    BalasPadam
  11. Betul cakap Niena...benda dah jadi.

    BalasPadam
  12. semoga jalan yg dipilih adalah yg terbaek...

    BalasPadam
  13. assalamualaikum mas...kesian nyer ngan merekakn tapi nak wat cam ne kalai dah sampai situ jodohnya kenalah redha tapi yg peliknya kenapa x nak pi jumpa doktor buat check-up...malu kot...:)

    BalasPadam
  14. org cerai sng sgt lah kak mas. mmg proses kawen n cerai tu mudah sgt ke ?? :( sedih. kan ada product BIODEX tu..tak boleh try ke ? ;(

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com