Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 29 November 2011

Bagus cara ni!

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ini ada taklimat kepada ibu bapa mengenai kemasukan ke pra sekolah untuk murid berumur 6 tahun. Alhamdulillah, Arfan dapat tawaran tersebut dan masih bersekolah di SK Cyberjaya.

Mas tak dapat hadirkan diri sebab bekerja, terpaksalah husband je pergi. Ralat jugak sebenarnya sebab hal membabitkan persekolahan anak² ni memang Mas akan hadir, jaranglah Mas tak pergi. Tapi nak buat camne, kena kerja kan?


Setakat ni Mas memang takde masalah dengan SK Cyberjaya, bagi Mas ini memang sekolah terbaik. Mas suka cara sekolah menggalakkan ibu bapa hadir jika ada taklimat mengenai persekolahan anak², misalnya tentang kemasukan pra sekolah 6 tahun untuk tahun 2012. Di dalam surat pihak sekolah nyatakan supaya ibu bapa wajib hadir taklimat tersebut, jika tidak berjaya hadirkan diri bermakna mereka menolak tawaran!

Bagus cara camni, sekurang²nya ibu bapa lebih peka. Takdelah bila dah berjaya dapat mereka buat tak tahu je, janji anak dapat bersekolah. Taklimat tak perlu hadir, bukan ada apa yang penting pun. Bila sekolah buat cara sebegini, baru ibu bapa ambil berat. Berusaha untuk hadirkan diri, kalau tak anak tak dapat sekolah. Kalau ikut pengalaman Mas, memang berapa kerat je ibu bapa yang hadir taklimat sebelum sekolah letakkan syarat sebegini.

Hal persekolahan anak² ni kita kena peka, jangan serah 100% pada guru dan sekolah.

7 ulasan:

  1. Bagus ada pemikiran ibu bapa cam gitu, ringan kepala sekolah ngan cikgu...

    BalasPadam
  2. betul tu..
    tanggungjawab didik anak bukan setakat kat sekolah je..
    kat rumah pun kena jugak..jadi ibu bapa tu main peranan lebih penting dari guru..

    BalasPadam
  3. bgs la

    xramai ibubapa tau sal prasekolah

    die ingt ni nursery..mudah keje iffah nnti hehe

    BalasPadam
  4. ibu bapa sangat penting peranannya. :)

    BalasPadam
  5. betul. mak bapak skrg dah kene concern pasal anak mereka....

    jom tengok kejap aja..=)

    http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/simple-word.html

    BalasPadam
  6. bagus..dari pra lah dah mula ambil berat..

    BalasPadam
  7. Kan....kalau letakkan semuo tanggungjawab kat cikgu pun susah gak kan.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com