Assalamualaikum...(^ ^)
Hari ini ada taklimat kepada ibu bapa mengenai kemasukan ke pra sekolah untuk murid berumur 6 tahun. Alhamdulillah, Arfan dapat tawaran tersebut dan masih bersekolah di SK Cyberjaya.
Mas tak dapat hadirkan diri sebab bekerja, terpaksalah husband je pergi. Ralat jugak sebenarnya sebab hal membabitkan persekolahan anak² ni memang Mas akan hadir, jaranglah Mas tak pergi. Tapi nak buat camne, kena kerja kan?
Setakat ni Mas memang takde masalah dengan SK Cyberjaya, bagi Mas ini memang sekolah terbaik. Mas suka cara sekolah menggalakkan ibu bapa hadir jika ada taklimat mengenai persekolahan anak², misalnya tentang kemasukan pra sekolah 6 tahun untuk tahun 2012. Di dalam surat pihak sekolah nyatakan supaya ibu bapa wajib hadir taklimat tersebut, jika tidak berjaya hadirkan diri bermakna mereka menolak tawaran!
Bagus cara camni, sekurang²nya ibu bapa lebih peka. Takdelah bila dah berjaya dapat mereka buat tak tahu je, janji anak dapat bersekolah. Taklimat tak perlu hadir, bukan ada apa yang penting pun. Bila sekolah buat cara sebegini, baru ibu bapa ambil berat. Berusaha untuk hadirkan diri, kalau tak anak tak dapat sekolah. Kalau ikut pengalaman Mas, memang berapa kerat je ibu bapa yang hadir taklimat sebelum sekolah letakkan syarat sebegini.
Hal persekolahan anak² ni kita kena peka, jangan serah 100% pada guru dan sekolah.
Bagus ada pemikiran ibu bapa cam gitu, ringan kepala sekolah ngan cikgu...
BalasPadambetul tu..
BalasPadamtanggungjawab didik anak bukan setakat kat sekolah je..
kat rumah pun kena jugak..jadi ibu bapa tu main peranan lebih penting dari guru..
bgs la
BalasPadamxramai ibubapa tau sal prasekolah
die ingt ni nursery..mudah keje iffah nnti hehe
ibu bapa sangat penting peranannya. :)
BalasPadambetul. mak bapak skrg dah kene concern pasal anak mereka....
BalasPadamjom tengok kejap aja..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/simple-word.html
bagus..dari pra lah dah mula ambil berat..
BalasPadamKan....kalau letakkan semuo tanggungjawab kat cikgu pun susah gak kan.
BalasPadam