Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 1 November 2011

Belajar dari kesusahan

Assalamualaikum...(^ ^)

Pengalaman pernah hidup susah semasa zaman kanak² sehinggalah Mas berkahwin membuatkan Mas tidak pernah alpa dengan kemewahan. Mas bukanlah dari golongan orang berada, mak dan abah hanya penoreh getah di kebun orang bukan kebun sendiri. Pendapatan masa tu lebih kurang RM300 je sebulan, nak tanggung anak seramai 7 orang.

Jadi jangan haraplah nak minta itu ini. Belum sempat cakap, abah dah cakap duit tak cukup. Jadi pendam sajalah perasaan tu. Belanja sekolah jangan haraplah, memang tak pernah ada. Pagi sebelum ke sekolah mak dah siapkan sarapan, wajib makan kalau tak kebulurlah kat sekolah.

Baju sekolah dan kasut sekolah memang tak akan ditukar setiap tahun, paling kurang 2 tahun sekali baru tukar. Pergi sekolah pun jalan kaki je, bila mak abah ada duit lebih dibelinya basikal. Dapatlah pergi sekolah kayuh basikal, itu pun dah cukup bangga tau! 


Bila hujung minggu atau cuti sekolah, jangan mimpilah nak rilek di rumah atau pergi melancong. Cuti dihabiskan dengan membantu mak dan abah menoreh getah, kutip getah buku yang baunya memang meloyakan. Siap sarung tangan dengan plastik, takut tangan busuk. Sampaikan mak cakap, "Bau getah ni memang busuk, tapi duit dia wangi. Pastu dari duit itulah kamu dapat sekolah tau!" Memang menusuk kalbu kata² mak, terus buang plastik dan kutiplah getah sekerap dengan air mata mengalir.

Dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang Mas hadapi dahulu membuatkan Mas tak mahu ajar anak² dengan kemewahan. Mas tak akan mudah tunaikan apa saja yang mereka minta, biarlah mereka belajar hidup susah sedikit supaya mereka tidak hanyut dengan kemewahan.

Bukannya nak mereka rasa hidup susah macam Mas dulu, cuma nak mereka tau erti kesusahan. Bila mereka sedar betapa susahnya kehidupan kita masa dulu, barulah mereka menghargai setiap wang ringgit yang dimiliki. Jadi mereka tidak akan boros.

Dari pengalaman inilah Mas harap anak² jadikan ia sebagai dorongan, jadi mereka akan belajar bersungguh² sehingga berjaya dan sehingga mereka memperolehi pekerjaan yang bagus dan hidup senang. Pasti mereka tak mahu hidup susah seperti Mas dulu².

10 ulasan:

  1. kalau boleh memang tak nak anak rasa apa yang kita rasa dulu kan kak mas..

    hidup dulu tak lar susah sangat..tak lar mewah sangat..tapi nak dapat sesuatu tu bukan mudah..dari mimpi, usaha dan baru boleh tercapai nak dapatkan sesuatu tu..

    BalasPadam
  2. masa dulu, ape saje kemahuan kena usaha sendiri tak mau susahkan mak dan ayah sebab dorang pun nak tanggung adik2 lain

    dan kesabaran itu berjaya di bawa sampai dewasa dan sampai dah umur separuh abad ni, usaha sendiri lagi berbaloi sebab ianya membuatkan kita lebih menghargai benda tu

    BalasPadam
  3. sama la sis
    anum pun belajar dari kesusahan

    BalasPadam
  4. stuju dgn pinky momma. saya dulu pn xsusah, xmewah, tp cukup je.
    anak saya pn xnak ajar dia mewah wpun kita bleh bagi. biar dia rasa betapa susah ummi dia cari duit. bila dia berjaya dapat sesuatu baru bleh bagi reward.

    BalasPadam
  5. kan kan..
    anak2 skrg ssh dah nak susah..
    sape lg tak didik akalu mak ayah sendiri..:)

    BalasPadam
  6. emm3
    ayah pon sama kak masss
    tu tiap kali die bagi pape
    die suruh beringat

    apa yg ada hargai
    jgn nak menokok tambah lagi kan

    bile dh penah ase susah
    bile senang pon, mesti nak ingat jugak yg susah kan..

    BalasPadam
  7. Salam
    Mas, menarik entri ni, sedih bila sentuh pasal parents membesarkan kita kan...

    BalasPadam
  8. SETUJU DENGAN KAK MAS..saya dulu alhamdulillah dibesarkan dlm keluarga yg agak senang.tapi bila sy ada anak,tak pernah sy ajar anak2 dgn beri je apa yg dia nak.sbb biar kita bg dia rs susah nk dptkan sesuatu benda,barulah dia menghargainya..bukan apa saja dia nak kita penuhi.zaman sekarang dah tak mcm zaman kita dulu2.kalau utk masa depan dia insyaAllah apa saja kita penuhi.

    BalasPadam
  9. Tetiba terimbas kembali time tolong ibu menoreh getah. Masa tu noreh ngan abang. Tak rasa mcm malas nak noreh. Tapi seronok giler, sebab leh main main ngan abang kat kebun. ( sweet memory). Siap buat bola ngan lelehan getah kering.

    BalasPadam
  10. sedih tapi itulah sebenarnya mengajar kita erti hidup. dari susah lah kita belajar tentang kehidupan.
    tp perasan tak...kita dulu takut sangat nak protes kan?? nak tunjuk sikap tak puas hati lagilah tak berani. ikut je apa kata mak ayah. paling2 tak pun tarik muka 14 je..

    Agaknya mungkin sebab keberkatan rezqi tak...bukan nak cakap rezqi mas tak berkat..
    tapi rezqi mak ayah kita dulu mmg apa yg dikerjakan, itulah yg dia dapat. Sikit pun, tapi cukup dan berkat...anak2 pulak menjadik ! k\

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com