Assalamualaikum...(^ ^)
Cinta terlarang oleh orang tua, tak kisah samada ibu bapa kita tak merestui ataupun ibu bapa pasangan tak suka kita. Bagaimana nak hadapi situasi ini, pilih cinta atau pilih orang tua?
Mas pernah hadapi situasi ini masa mula² bercinta dengan husband, masa tu mak dan kakak sulung dia memang tak suka dengan Mas. Pantang Mas telefon husband, mesti mereka akan marah². Tapi Mas tidak cepat melatah, tetap cakap baik dengan mereka. Mas jugak minta husband yakinkan mereka bahawa Mas adalah pilihan dia yang terbaik dan dia benar ikhlas cintakan Mas.
Setelah hampir 4 tahun kami bercinta sedikit demi sedikit mak dan kakaknya boleh menerima Mas, walaupun belum 100% tapi Mas bersyukur dengan perubahan itu. Berkat kesabaran melayan karenah mereka agaknya. Apabila baru² berkahwin pun Mas masih belum dapat memenangi hati mak mertua sepenuhnya, tapi Mas tetap tak berputus asa. Walaupun Mas bukan menantu yang terbaik, tapi Mas tetap cuba jadi yang terbaik di mata mak mertua.
Pelbagai cara Mas lakukan untuk memenangi hatinya dan akhirnya dia tewas. Sehingga ada satu perkara yang Mas lakukan pada mak mertua membuatkan dia sangat terharu, mungkin saat itu dia tahu anaknya tidak salah membuat pilihan.
Jadi jika kawan² menghadapi situasi sebegini jangan bertindak terburu², sentiasa ingat yang ibu bapa cuma nak yang terbaik untuk anaknya. Cuba buat yang terbaik dan yakinkan mereka bahawa kita adalah pilihan terbaik anaknya, jangan sesekali membelakangkan mereka walaupun hubungan kita tidak direstui. Berusahalah tanpa jemu untuk memenangi hati mereka, hati orang tua ni cepat lembut walaupun kita hanya lakukan sedikit sahaja perkara yang buat mereka terharu.
Semoga hubungan cinta kita mendapat restu ibu bapa!
nasib baik mak dan ayah suka encit papa huhu..kalau tak terpaksa cakap bye bye kat dia ;p
BalasPadamrestu org tua memang penting kan kak mas..
yeke kak
BalasPadamsedih lak bace
y pntg usaha dptkn restu kan
pernah kena sekali.. parents tak suka first BF dan alhamdulilah, sesungguhnya dia bukan yang terbaik untuk saya..
BalasPadampssssttt... lawa belog.. jeles!! :)
dah jadi parents ni kena lah belajar2 menerima pilihan anak2.. hehe..jgn nak bantah je.. tak kenal maka tak cinta kan..
BalasPadamwaaa bagus kak share pengalaman ni. sangat berguna kepada pasangan yang hadapi masalah seperti ni
BalasPadamKAK MAS, parent saya dulu tros suka masa 1st time saya bawa hubby datang umah...
BalasPadamkuarga dia so..so je. skrg saya menantu faveret.
kak mas, macam mana pula kalau seorang wanita tu takut dgan orang tua dia.contohnya,,,Mak,dan kakak cdia menekan diri nya
Padamkadang2 dah jodoh tak ke mana...
BalasPadamuntung suami mas dpt isteri penyabar mcm mas. kena jumpa ambil aura ni.. family kak liza ok aje bagi kedua belah pihak.
BalasPadamaduhaiii
BalasPadamsgt tabah nye la kak
disebalik perkahwinan akak ni
tersimpan mcm2 rahsia
aduhaii
betol
yg pntg jgn cepat melatah
usaha kan..hati orang tua mest lembut =]