mrs secretary

Khamis, 17 November 2011

Dosa aku, aku yang tanggung

Assalamualaikum...(^ ^)

"Sahabat, kenapa kau minum arak. Berdosa tau! Kita orang Islam, arak tu haram."

"Kau sibuk kenapa? Suka hati akulah nak minum. Dosa aku, biarlah aku tanggung sendiri!"

Susahlah bila ada orang yang berpendapat sebegini, maknanya memang dia takde niat untuk berubah. Langsung tak kisah apa orang lain nak cakap tentang dirinya, nak tegur pun tak boleh. Lagi dia nak pertahankan itu hak dia dan dosa dia yang tanggung.


Tapi sedarkah dia bahawa segala dosanya itu jugak ditanggung oleh ibu bapa jika belum berkahwin. Bagi perempuan, jika sudah berkahwin ditanggung oleh suaminya. Jadi jangan sedap² mulut je cakap dosa tu kau yang tanggung sendiri, sepatutnya terima nasihat orang dan cuba perbaiki kelemahan diri.

Memanglah dosa kita ditanggung oleh diri kita sendiri, tapi sampai bila kita nak hidup diselubungi dosa. Sepatutnya insafi diri dan bertaubat supaya segala dosa² lalu kita diampunkan. Bukan hanya dengan cakap dosa aku, aku yang tanggung tapi takde kesedaran untuk berubah.

Bertaubatlah sebelum terlambat! Jangan asyik cakap dosa aku, aku yang tanggung. Nanti kalau dah banyak sangat dosa, tak tertanggung pulak.

10 ulasan:

  1. selagi ada peluang berubah ke arah kebaikan

    BalasPadam
  2. Apa yang penting, kita jalankan tanggungjawab sebagai org Islam.. Wajib untuk kita menegur.. Andai apa jua penerimaannya, redhalah.. Allah sayang kita..

    BalasPadam
  3. bila dosa tidak difikirkan sebab tu berani buat apa saja

    BalasPadam
  4. hayooooo
    bila jmp dgn owg cm ni, mang payah
    nak tego payah
    tak ditego lagi payah
    emmm3..

    BalasPadam
  5. kesian si penanggung dosa.. mak ayah, suami...

    BalasPadam
  6. Bukan setakat diri sendiri, mak ayah, suami isteri.

    Tetapi orang muslim disekeliling turut akan dipersalahkan di Akhirat kelak jika kita semua tidak melaksanakan "AMAR MA'RUF & NAHI MUN'KAR". Mengajak kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran.

    Cukuplah sekadar peringatan untuk diri sendiri dan para sahabat sekalian..:-)

    my blog... Oil and Gas Blog

    BalasPadam
  7. org camni ssh nak dibawa bercakap..

    BalasPadam
  8. abis y menengok xdose?
    y tak tego?

    pk kuat sgt la tu

    BalasPadam
  9. tapi bila mati, orang lain jug yg mandikan dan kapankan. so kalau nk keluarkan statement gitu...fikirr. :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com