terkini dan sensasi

Selasa, 22 November 2011

EMAS dalam genggaman!

Assalamualaikum...(^ ^)

MALAYSIA BOLEH!!

Harimau Muda Boleh!!

Rasanya belum terlambat lagi untuk Mas ucapkan tahniah kepada skuad Harimau Muda di atas kejayaan mereka mempertahankan pingat emas untuk Negara, mereka memang bermain mati²an semalam. Sangat mendebarkan, Mas yang menonton ni rasa macam nak kena sakit jantung.


Semalam Mas ambil kesempatan menonton di luar, lokasi yang menjadi pilihan adalah di sebuah kedai mamak di Nilai. Memang meriah dan gamat gila suasana di sana, semuanya memberi sokongan padu kepada skuad negara. Laungan Malaysia Boleh memang kedengaran setiap masa.

Masa Indonesia mendahului dengan jaringan gol seawal 5 minit permainan, suasana senyap seketika, semuanya macam dah hampa. Mas pun sama, rasa nak balik rumah terus. Tapi bila skuad negara dapat menjaringkan gol, barulah lebih bersemangat nak menonton hingga habis.

Yang paling seronok bila habis penyampaian pingat tu, semua yang berada di kedai mamak tu sama² berdiri menyanyikan lagu Negaraku dengan kuat sekali. Memang bangga sangat, tahniah Malaysia!

10 ulasan:

  1. Tahniah Malaysia dah Harimau Muda :)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah kak. Nadh rasa lega sgt. ;) alhamdulillah. dah menang kita masih kena tengok bawah kan. ;) taleh belagak. ;)

    BalasPadam
  3. yahuuuu tahniahhh harimau muda :D

    BalasPadam
  4. hooyeaahhh!
    malaysia maju ke depan =)

    BalasPadam
  5. sangat gembira Malaysia menang !! :D

    BalasPadam
  6. MTT sampai sakit sakit tekak jerit pekik tengok bola kak Mas(tapi kat rumah jer..Hehe)..Sampai demam demam lah tu yang MC 2 hari sunyi sepi.. Hehehe :P

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com