Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 10 November 2011

Hampir terlanggar anak orang!

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang kecutlah perut Mas tadi. Kalaulah Mas terlanggar anak orang tu, tak taulah nak buat apa. Silap² boleh masuk lokap. Waduh, simpang malaikat 44!


Alkisahnya begini, Mas memandu masuk ke kawasan taman perumahan. Masa tu dah perasan ramai budak² main kat tepi jalan, Mas pun pandu kereta dengan perlahan sebab bimbang ada budak² melintas secara tiba². Pastu masa lalu kat depan rumah seorang jiran ni, tiba² anak dia berlari melintas jalan. Mas pun apa lagi terus break mengejut dan tekan hon.

Terus turun dari kereta dan tengok, takut terlanggar budak tu. Nasib tak, dia dah lepas ke seberang jalan. Yang mengejutkan bila Mas pandang ke rumah dia rupanya mak dia ada kat depan pintu pagar. Muka tak panik langsung, siap boleh senyum² lagi. Mas hanya geleng kepala.

Ingatkan mak dia risau keselamatan anaknya, tapi hanya boleh senyum kambing je. Sepatutnya marahlah sikit anak tu supaya jangan melintas jalan sesuka hati. Camne kalau anaknya kena langgar, tak ke haru jadinya. Mas jugak yang akan dipersalahkan walaupun Mas dah berhati².

Inilah masalahnya kalau ibu bapa tak kisah hal anak², orang lain yang susah. Nak marah budak tu pun tak guna, dia bukan tahu yang tindakannya itu merbahaya.

11 ulasan:

  1. huhuh...itu yang bahaya kak mas...kita dah hati2...once terlanggar confirm kita yang disalahkan.....huhu...

    BalasPadam
  2. nasib baik kak mas dan budak tu tak de apa apa..memang kalau kena tadi..mesti maknyer tak senyum kambing dah..menjerit jerit salahkan org..aih kadang kadang kita berhati hati..org lain yang cuai dan leka..

    BalasPadam
  3. fobia dengan kmlgan berdarah ni..
    ngeri rasa... hhu

    hati2 selalu.. :)

    BalasPadam
  4. tak sume mak concern

    iffah marah anak buah lari ke tepi jalan pon

    sbb diorang ape tau

    main jalan je

    BalasPadam
  5. kak mas sepang dok mana?
    sy pun dok sepang. Kg Salak lama..

    BalasPadam
  6. aduhaiiii
    teringat kisah kat depan umah kat kg
    mase 1 syawal
    cm nilah
    boleh pulak mak ayah budak tu harapkan budak tu main2 x smp jalan beso, dh name budak2, bukannye la nk dgr ckp, bila anak die dah kene langgor, mule meraban dok mrh2 smp pukul2 budak yg langgor tu..aduhai...

    ibu bapa mang kene main peranan kan..

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas...kesian bebudak tu kn mempunyai mak yg buat x kisah jer...:)

    BalasPadam
  8. mak dia pun tak ajar dia cara lintas jalan n bahaya..macam mana anak dia nak tahu :( emm tu la padahnya. tp bila jd apa2 kt anak.pandai plak nk saman2.

    BalasPadam
  9. taman saya pun sama.. selalu time petang nak amik anak2 kat nurseri, mesti nampak kaum2 ibu ni dok menyembang tepi jalan tu. mak sibuk pokpek smpi x sedar anak main basikal kt tgh jalan.. kdg2 geram juga. mak sibuk bergosip smpi keselamatan anak terabai

    BalasPadam
  10. saya pernah hadapi situasi sebegini di kawasan perumahan saya..budak-budak main basikal..dah nampak kereta nak berundur bukannya lari..lagi nak duduk kat belakang kereta...kalau terlanggar sape yang susah?

    BalasPadam
  11. alhamdulillah tade yg buruk jadik..
    hati2 yea...(*_*)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com