Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 14 November 2011

Inilah yang paling ditakuti

Assalamualaikum...(^ ^)

Orang kata bahaya ada di mana²samada kita berhati² atau tidak ia tetap ada!

Bahaya yang paling Mas takuti apabila membabitkan anak², sebab itulah dalam segala hal Mas lebih pentingkan keselamatan anak dulu baru diri sendiri. Yang paling utama apabila berjalan dengan anak² di luar rumah, Mas akan pastikan sentiasa pimpin tangan anak². Kalau dibiarkan lepas pun biarlah mereka berjalan di depan bukannya di belakang, dengan cara ini Mas tahu anak² selamat.


Ingatlah, kalau kita lalai walaupun hanya sesaat macam² boleh terjadi, sebab kita tak tahu di sekeliling mungkin ada orang yang berniat jahat. Lihat sahaja apa yang berlaku pada pasangan suami isteri ini seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian (link). Anak mereka yang berusia 6 tahun nyaris diculik oleh seorang lelaki Kemboja.

Perkara ini terjadi semasa si anak berjalan bersama ibunya menuju ke kenderaan, tiba² anaknya diterkam oleh suspek dari belakang. Nasib baiklah ibunya perasan lalu menjerit memanggil nama anaknya. Suspek yang tak sempat berbuat apa² terkejut lalu melarikan diri, dan nasib baiklah suspek itu berjaya ditahan setelah dikejar oleh bapa budak tersebut.

Tengok, bahaya kan? Mungkin pada ketika itu ibu tersebut lalai, biarkan anaknya berjalan keseorangan di belakang tanpa memimpin tangan anaknya. Nasib baiklah dia perasan ada orang yang cuba menculik, kalau tidak tak tahu nasib anak itu bagaimana.

Sikap cuai dan lalai inilah yang mengakibatkan keselamatan anak² terancam. Bukannya susah pun nak pimpin tangan anak² kan? 

10 ulasan:

  1. Dah lah anak dia cantik kan..? Grrrrrrrrrr

    BalasPadam
  2. Zaman sekarang ni bahaya.. Macam macam boleh jadi :(

    BalasPadam
  3. mmg kak

    rsau je kn

    atleast lau kne lnggr nmpak dpn mate

    lau kne culik

    tatau idup ke tak

    BalasPadam
  4. salam ziarah........

    betul tu mas, pentingkan anak, jangan sibuk nak membeli belah, anak belah pun tak nampak .kui kui kui.serius ni

    BalasPadam
  5. tu la, kak zu pun selalu pesan kat en suami jgn terlalu leka sgt bila berjalan dgn anak pompuan kesayangan dia nih. cukup berhati2

    BalasPadam
  6. serius bahaya. so mak ayah jgn biarkan anak pergi mne2 sorg2..serius zaman skang ni mmg bahya sgt n x selamat. even anak dah umur 23 pun masih kena pantau gak.

    BalasPadam
  7. kawan kak es anaknya ramai...dia tak mampu nak pegang tgn semua org. jadi dia tali dihujung baju setiap anak. bila jauh sikit terasa direntap.pastu anak2 dtang dekat semula dgn beliau. anak2 kdg2 leka tgk itu ini...mak ayah pun sama. itu cara kawan akak buat dari anaknya kecil lagi sampai la skrg anak2 dah terbiasa jln berdekatan ... hebat kan??

    akak kdg2 pun alpa , suma pegang tgn yg kecil dan si kakak tu. abang yg lagi 2 tu kak es pesan suruh jerit atau gigit kalau apa2 terjadi. hantar juga diorg belajar karate atas sebab cam ni la jugak. dunia sekarang dah tak selamat cam dulu.

    Dulu naik main ...bebas! Jiran2 pun boleh tgkkan. sekarang ?? main je dalam rumah..

    BalasPadam
  8. aihhh..memang bahaye kan.. Tambah2 dunia skrg..org sgt la kejam..dgn haiwan pon kejam, sedangkan lagi dengan manusia
    aduhaiiii..
    isauuu...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com