mrs secretary

Sabtu, 12 November 2011

Jangan beza-bezakan

Assalamualaikum...(^ ^)

"Kamu ni lembablah, nak jawap soalan senang camni pun tak boleh! Cuba tengok kakak kamu tu, soalan darjah 6 pun dia boleh jawab!"


Jangan sesekali beza²kan anak camni. Memang kita nak segalanya terbaik untuk mereka, tapi setiap anak ni ada kelemahan dan kelebihannya tersendiri. Terpulang pada ibu bapa bagaimana nak uruskannya dengan cara yang betul, bukannya dengan membezakan mereka.

Anak Mas pun begitu, kakaknya memang lebih cergas otaknya. Pada umur 5 tahun dia dah pandai membaca tanpa perlu mengeja, minatnya kepada bahan² bacaan memang menebal. Kemana saja mesti bawa buku untuk dibaca. Tapi adiknya lain sikit, agak lambat pandai membaca. Minat terhadap buku tu sedikit kurang, lebih minat pada mainan saja.

Tapi Mas tak pernah beza²kan mereka, tak pernah Mas memperkecilkan kelemahan mereka. Mas lebih galakkan mereka untuk saling bantu membantu, kakak lebih pandai kena bantu adik yang agak lemah. Dengan bantuan kakaknya, adik dah pandai membaca sedikit demi sedikit.

Inilah yang sepatutnya kita lakukan, jangan asyik lebihkan anak yang pandai dan cergas je. Yang kurang pandai dan lembab kita tak hiraukan. Ingatlah setiap anak itu amanah Allah, didiklah mereka sama rata sehingga mereka berjaya!

13 ulasan:

  1. sbb kemampuan mereka berbeza

    cube memahami perkmbangan n keperluan mereka

    BalasPadam
  2. Mak dan ayah uncle pon tak membeza-bezakan anak dia...

    walaupon uncle uncle uang paling NAKAL...!

    haha!

    BalasPadam
  3. insyaallah kak..ada anak nt...sy praktikkan...hehe

    BalasPadam
  4. betul tu kak mass =]
    sebab sy tgk adik sy krg skit
    tapi mak mang dh tawu, dr kecik lagi mak x bezakan mak lagi titikberatkan kan sikit die supaya bg cepat skit paham belajar ni..

    BalasPadam
  5. Anak2 berbeza.. Kita membezakan kerana utk adapt penerimaan mereka thdp ajaran kita..

    BalasPadam
  6. @Iffah Afeefah
    betul tu, kita tak boleh expect semua anak berkebolehan!

    BalasPadam
  7. @gedek!
    mak ayah saya pun camtu!
    sebab tu saya tak nak bezakan mereka..

    BalasPadam
  8. @Diana @ bilakukatacinta
    hehehe...bagus tu!
    ambik ini sebagai panduan ye..

    BalasPadam
  9. @aimie amalina
    nanti ikut cara mak ye masa didik anak sendiri nanti!

    BalasPadam
  10. @Tea
    betul mereka berbeza!
    tapi kita jangan memperkecilkan kelemahan mereka itu sudahlah..

    BalasPadam
  11. :) em.betul kak mas. sy dulu selalu kecil hati dgn papa sy sbb papa sy syg lebih anak yg pandai mcm dia. macam sy ni sederhana je..so hubungan sy n papa jd renggang gila. sejak sy masuk u baru dia macam nak rapat dgn saya. sbb yelah, kebolehan anak lain2. :)

    BalasPadam
  12. @Namee Roslan
    takpe, mungkin ayah namee dah sedar kesilapan dia! so namee jangan ambil hati... yang penting dia tetap ayah kita kan?

    BalasPadam
  13. betul kak

    memang jangan sesekali bezakan anak 1 dengan anaak 2 atau bezakan anak kita dengan anak orang lain ;D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com