terkini dan sensasi

Khamis, 3 November 2011

Kalau jodoh tak ke mana

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang benarlah kata pepatah, kalau jodoh tak kemana. Semuanya telah tertulis di dalam Luh Mahfuz, semuanya telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Mas dulu sebelum berkahwin memang banyak dugaan yang dihadapi, menjalin hubungan cinta selama 6 tahun dan bertunang selama 2 tahun bukanlah masa yang singkat. Masa tu terlalu banyak godaan dan dugaan yang menimpa, kalau hati dan perasaan Mas tak kuat memang semuanya boleh hancur. Tapi alhamdulillah berkat kesabaran dan kekuatan jodoh kami, akhirnya kami bersatu jugak. Kekal hingga sekarang dan akan kekal hingga ke akhir hayat.


Tengok, betul kan? Kalau jodoh tak ke mana, selama itu Mas menjalin hubungan cinta dengan pelbagai dugaan tapi akhirnya berkahwin jugak.

Jadi ingatlah, kalau kita hadapi masalah dalam hubungan percintaan janganlah cepat putus asa. Berusahalah lindungi dan pertahankan hubungan itu, kalau memang itu jodoh kita ia pasti kuat. Dugaan dalam perhubungan itu sebenarnya mengajar kita bersabar dan menguji sejauh mana keikhlasan cinta kita pada pasangan.

Begitu jugak kalau sebalik, kalau dah takde jodoh kita berjanjilah sehidup semati pun tak berguna. Kita paksa camne sekali pun tentu tak akan berjaya, sebab itu dah memang bukan jodoh kita. Ambil contoh cerita Romeo and Juliet, tak ada jodoh antara mereka. Berusaha bagai nak rak akhirnya mati tanpa dapat hidup bersama.

Jodoh itu sudah ketentuanNya, kita cuma perlu berusaha dapatkan jodoh yang terbaik. Bukankah jika sudah tiba saatnya, jodoh tak akan lari kemana. Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa jodoh kita telah dituliskan oleh Allah SWT!

13 ulasan:

  1. kak mas tempoh bercinta kita sama lama huhu..banyak dugaan tapi memang kena sabar sbb nak kenal hati budi org bukan senang ;)

    BalasPadam
  2. betul tu Mas, kalau dah jodoh memang tak ke mana. kita manusia cuma layak merancang dan berusaha, sebaliknya Allah yang tentukan



    tapi kalau kita telah bertemu jodoh, jangan pula asyik menyibuk menyoal org lain yg masih belum btemu jodoh! seolah buruk sgt org yg lambat jodoh nie. Apapun Allah lebih tahu kerjaNya. Kita manusia ini hanya berusaha, merancang dan bdoa. Bila Allah memberi kita menerima ...

    BalasPadam
  3. betol
    jd tk perlu risau

    jodoh ttp ade

    BalasPadam
  4. lama jgk akak bcinta ye..setia ni hehe =)
    alhamdulillah dh terikat... sy ngan tunang skrg kenal kejap je..smoga kitorang kuat...btul mmg byk cbrn...

    BalasPadam
  5. soal jodoh ni susah nak dibahaskan..kadang2 kite suka org, org xsuka kite. bila kite xsuka org tu, org tu plak yg beriya...huhu. dan pernah ada satu masa masing2 memendam rase, kesudahannye bila dapat tau sama2 ada perasaan time tu dah terlambat...

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas...kalau dah dia jodoh kita tak akan kemana2kn...

    jodoh pasti ada bagi semua kerana ianya telah ditetapkn dan dah tertulis siapa yg akan menjadi pasangan kita seumur hidup...:)

    BalasPadam
  7. Jodoh itu bukan ketentuan kita.. Semoga bahagia selamanya :)

    BalasPadam
  8. betul2 sis
    kalau dah jodoh tak kemana kan

    BalasPadam
  9. memang jodoh tu tak ke mane, tapi jang lupa untuk kite usaha dan jaga kan Pn. Mas, hehehe, Allah takkan ubah nasib seusatu kaum, sehingga mereka yang mengubah nasib mereka sendiri. Jika kita biar cinta pada jodoh kite sirna, jodoh tu akan pergi, bile kite da tak hargai jodoh itu, jodoh itu juga akan pergi, kan

    BalasPadam
  10. Betul Kak Mas,kalau jodoh tak kemana.. MTT dengan Mista tunang bercinta 7 tahun jugak,setahun bertunang(sampai ke hari ni) ..Insya'allah ada jodoh nanti akan bersatu..:)

    Terpisah tujuh lautan pon akan berjumpa balik ! Wahh kemain pulak..Hehehe :D

    BalasPadam
  11. takutnya,begitu lama tempoh masanya kak mas.
    semua org mesti melaluinya kan suatu hari nnti.wuwuwuwu

    BalasPadam
  12. setuju dgn kak mas :) em sy percaya pd ketentuan jodoh. selagi hati kita bersatu dan berdoa..insyaAllah Allah nampak niat di hati tu ikhlas. :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com