Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 29 November 2011

Kami tertipu lagi

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa pindah rumah baru tahun lepas Mas belilah sofa baru, bentuk L-Shape. Beli pun bukan sebab prinsip rumah baru kena sofa baru. Beli sebab nak jimat ruang, rumah bukanlah luas sangat. 

Masa nak beli tu banyak tempat jugaklah Mas survey, kalau boleh nak cari harga yang berpatutan dan kualiti yang bagus. Survey punya survey, sofa di Cavenzi yang jadi pilihan kami. Masa beli tu bukan main beli je, Mas tanya dulu kualiti sofa tu samada 100% leather atau tidak.


Bila pihak Cavenzi cakap sofa tu memang 100% leather, jadi terus Mas setuju nak beli. Mas pun percayalah dengan cakap mereka, takkanlah mereka nak tipu pulak sebab Cavenzi pun syarikat perabot yang ternama. Tapi yang mengecewakan baru setahun guna sofa tu, dah ada masalah. Kulit sofa semuanya terkopak! Mas sangat terkejut, takkanlah sofa 100% leather mudah rosak camni. Lagi pun pihak Cavenzi cakap sofa tu terjamin kualitinya dalam tempoh 5 tahun.

Rasa tertipu sangat dengan pihak Cavenzi Mas terus minta mereka ambil semula sofa tu dan tukarkan dengan kulit yang baru, dan pastikan 100% leather. Bila Mas tanya mereka kenapa tipu kami kata sofa tu memang 100% leather, terus tergagap² nak jawap. Terus tabur janji lagi kata yang mereka akan gantikan kulit baru tanpa ambil caj 1 sen pun, baru Mas puashati!

Tapi kalau mereka tipu lagi kali ni memang Mas akan jaja kisah penipuan mereka ni di dada akhbar, baru kau tau kuasa pembeli kan?

23 ulasan:

  1. zana mmg x pernah beli barang kat cavenzi sbb ramai member yg tertipu dgn kualiti barang kat situ.. member2 kata, barang2 cavenzi mmg x tahan lama.. so zana pun x pernah la gie beli sbb takut kena tipu walaupun harga diaorang mmg murah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bg sy ,tgk harga pun kita boleh agak kualiti dan jangka hayatnya. depa bkn nak tipu tp nak jual perabut yg nampak mahal dgn harga murah. klu nak yg tahan lama tapi mesti mahal iatu di lorenzo.tahan 20 thn !!

      Padam
  2. that's normal. kekadang manusia sering saja mengambil kesempatan di atas kesempitan. ha'ah la, klo difikir2 kembali, tidak logik sofa leather yang baru dibeli setahun hampir rosak keseluruhannya..like you said, kebiasaannya, sofa seperti itu long lasting and the price is so standard seiring dengan kualiti sofanya! :O

    BalasPadam
  3. alamak! kite pon beli sofa cavenzi.. hopefully tak mudah terkopak.. kalau tak? wallet laki saya pulak yang terkopak.. hehehe :)

    BalasPadam
  4. tu dei...sekali kak mas mengaum, terkencing pekerja2 perabit tu...hihi

    BalasPadam
  5. mmg bagus tindakan mas tu.kena tegas dan kena ajar diorang sikit.sya pernah jugak beli sofa kat cavenzi.So far saya pakai ok.mas kena dptkan yg baru blk sbb diorang pun dah beri jaminan 5 thn kan.kasi ugut sikit! :)

    BalasPadam
  6. oh ye ker? baru bercita-cita nak beli perabot kat cavenzi..tak jadiklah..

    BalasPadam
  7. uiii syarikat pemes pun cemni tipu pelanggan. huhu kena hati2 juga ni

    BalasPadam
  8. hm, kalu pi situ tengok2 jerk, x penah lak beli barang dorang..... coz design x berapa minat kat ctu.. huhu

    BalasPadam
  9. mas gi tribunal pengguna terus.. leh dapat ganti rugi...

    BalasPadam
  10. kena berhati-hati jugak kalau nak beli sofa...

    BalasPadam
  11. blogging pon media ape

    lg cpt tersebar

    BalasPadam
  12. mas kena selalu gesa tanya dan tanya. kak es dah banyak thread ttg cavenzi. mmg tak boleh dipercayai..hati2 n make sure mas dapat yang baru dan betul2 leather.

    BalasPadam
  13. mmg ramai dh tertipu ngan cavenzi nieee...

    BalasPadam
  14. laaa, kalau kak mas saman diorg tu..mmg malu gila lah diorg sbb cmpany diorg besar :)

    BalasPadam
  15. kulit asli blh dicam pd tekstur dan baunya. Akak pun pernah terkena dgn cavenzi ni. Fabrik sofa tetas smpai nmpk foam kt dlm. Kecewa btul akak sbb bru beli dan jrg guna.

    BalasPadam
  16. saya pun pernah beli barang kat cavenzi,banyak auta dari fakta!!sofa yg saya beli pun dh jahanam,malas nk panjang cerita segala resit sume dh hilang time pindah rumah,pejam mata dan wat-wat hilang ingatan pasal sofa 2,tapi next time mmg tak akan jejak kaki lg ke kedai tu.

    BalasPadam
  17. saya pun pernah beli barang kat cavenzi,banyak auta dari fakta!!janji baik punya,sofa saya dh jahanam pun nk claim warranty pun segala resit dh hilang time pindah,tapi kualiti mmg teruk,mg saya tak akan jejak kaki ke kedai tu lgi,demm!

    BalasPadam
  18. sy pun dah terkena ...sofa yg kata full kulit tp hampeh..baru setaun dah merekah..semua dr pvc.penipu besar betui cavenzi nih.smlm dah pegi komplin.kalo x berhasil gak nk lapor tribunal pengguna.

    BalasPadam
  19. ah...baru nak gi cavenzi ni...xjadi lah

    BalasPadam
  20. kualiti cavenzi memang tak bagus, leather sofa sudah koyak selepas pakai 1.5 tahun dipandangkan sofa tu bukan 'heavy usage'..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com