Assalamualaikum...(^ ^)
Masa pindah rumah baru tahun lepas Mas belilah sofa baru, bentuk L-Shape. Beli pun bukan sebab prinsip rumah baru kena sofa baru. Beli sebab nak jimat ruang, rumah bukanlah luas sangat.
Masa nak beli tu banyak tempat jugaklah Mas survey, kalau boleh nak cari harga yang berpatutan dan kualiti yang bagus. Survey punya survey, sofa di Cavenzi yang jadi pilihan kami. Masa beli tu bukan main beli je, Mas tanya dulu kualiti sofa tu samada 100% leather atau tidak.
Bila pihak Cavenzi cakap sofa tu memang 100% leather, jadi terus Mas setuju nak beli. Mas pun percayalah dengan cakap mereka, takkanlah mereka nak tipu pulak sebab Cavenzi pun syarikat perabot yang ternama. Tapi yang mengecewakan baru setahun guna sofa tu, dah ada masalah. Kulit sofa semuanya terkopak! Mas sangat terkejut, takkanlah sofa 100% leather mudah rosak camni. Lagi pun pihak Cavenzi cakap sofa tu terjamin kualitinya dalam tempoh 5 tahun.
Rasa tertipu sangat dengan pihak Cavenzi Mas terus minta mereka ambil semula sofa tu dan tukarkan dengan kulit yang baru, dan pastikan 100% leather. Bila Mas tanya mereka kenapa tipu kami kata sofa tu memang 100% leather, terus tergagap² nak jawap. Terus tabur janji lagi kata yang mereka akan gantikan kulit baru tanpa ambil caj 1 sen pun, baru Mas puashati!
Tapi kalau mereka tipu lagi kali ni memang Mas akan jaja kisah penipuan mereka ni di dada akhbar, baru kau tau kuasa pembeli kan?
itu hak pengguna.. ;}
BalasPadamzana mmg x pernah beli barang kat cavenzi sbb ramai member yg tertipu dgn kualiti barang kat situ.. member2 kata, barang2 cavenzi mmg x tahan lama.. so zana pun x pernah la gie beli sbb takut kena tipu walaupun harga diaorang mmg murah..
BalasPadambg sy ,tgk harga pun kita boleh agak kualiti dan jangka hayatnya. depa bkn nak tipu tp nak jual perabut yg nampak mahal dgn harga murah. klu nak yg tahan lama tapi mesti mahal iatu di lorenzo.tahan 20 thn !!
Padamthat's normal. kekadang manusia sering saja mengambil kesempatan di atas kesempitan. ha'ah la, klo difikir2 kembali, tidak logik sofa leather yang baru dibeli setahun hampir rosak keseluruhannya..like you said, kebiasaannya, sofa seperti itu long lasting and the price is so standard seiring dengan kualiti sofanya! :O
BalasPadamalamak! kite pon beli sofa cavenzi.. hopefully tak mudah terkopak.. kalau tak? wallet laki saya pulak yang terkopak.. hehehe :)
BalasPadamcavenzi? never trust that brand :)
BalasPadamtu dei...sekali kak mas mengaum, terkencing pekerja2 perabit tu...hihi
BalasPadammmg bagus tindakan mas tu.kena tegas dan kena ajar diorang sikit.sya pernah jugak beli sofa kat cavenzi.So far saya pakai ok.mas kena dptkan yg baru blk sbb diorang pun dah beri jaminan 5 thn kan.kasi ugut sikit! :)
BalasPadamoh ye ker? baru bercita-cita nak beli perabot kat cavenzi..tak jadiklah..
BalasPadamuiii syarikat pemes pun cemni tipu pelanggan. huhu kena hati2 juga ni
BalasPadamhm, kalu pi situ tengok2 jerk, x penah lak beli barang dorang..... coz design x berapa minat kat ctu.. huhu
BalasPadammas gi tribunal pengguna terus.. leh dapat ganti rugi...
BalasPadamkena berhati-hati jugak kalau nak beli sofa...
BalasPadamblogging pon media ape
BalasPadamlg cpt tersebar
mas kena selalu gesa tanya dan tanya. kak es dah banyak thread ttg cavenzi. mmg tak boleh dipercayai..hati2 n make sure mas dapat yang baru dan betul2 leather.
BalasPadammmg ramai dh tertipu ngan cavenzi nieee...
BalasPadamlaaa, kalau kak mas saman diorg tu..mmg malu gila lah diorg sbb cmpany diorg besar :)
BalasPadamkulit asli blh dicam pd tekstur dan baunya. Akak pun pernah terkena dgn cavenzi ni. Fabrik sofa tetas smpai nmpk foam kt dlm. Kecewa btul akak sbb bru beli dan jrg guna.
BalasPadamsaya pun pernah beli barang kat cavenzi,banyak auta dari fakta!!sofa yg saya beli pun dh jahanam,malas nk panjang cerita segala resit sume dh hilang time pindah rumah,pejam mata dan wat-wat hilang ingatan pasal sofa 2,tapi next time mmg tak akan jejak kaki lg ke kedai tu.
BalasPadamsaya pun pernah beli barang kat cavenzi,banyak auta dari fakta!!janji baik punya,sofa saya dh jahanam pun nk claim warranty pun segala resit dh hilang time pindah,tapi kualiti mmg teruk,mg saya tak akan jejak kaki ke kedai tu lgi,demm!
BalasPadamsy pun dah terkena ...sofa yg kata full kulit tp hampeh..baru setaun dah merekah..semua dr pvc.penipu besar betui cavenzi nih.smlm dah pegi komplin.kalo x berhasil gak nk lapor tribunal pengguna.
BalasPadamah...baru nak gi cavenzi ni...xjadi lah
BalasPadamkualiti cavenzi memang tak bagus, leather sofa sudah koyak selepas pakai 1.5 tahun dipandangkan sofa tu bukan 'heavy usage'..
BalasPadam