Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 30 November 2011

Kena pandai survey!

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam handphone rosak. Tetiba je ada masalah, takde bunyi. Terpaksa malam tu ajak husband bergegas ke Alamanda lagi sekali, malas nak pergi jauh² sebab dan malam. Dengan harapan handphone dapat dibaiki. Sampai kat kedai handphone terus terangkan kat taukeh kedai apa masalahnya. Tapi tanpa buka apa² pun, hanya tengok depan dan belakang handphone tu terus dia cakap software dah rosak. Kena format balik dan install software baru, caj yang dikenakan RM150. Mak aihhh, mahalnya! 

Mas pun tanyalah taukeh tu, "Betul ke software yang rosak, takut nanti taukeh dah format dan saya dah bayar tapi tak ok jugak. Camne tu?" Boleh pulak dia jawap, "Itu saya tak pasti, tapi bila saya dah install software baru awak tetap kena bayar maaa!"

Terus tak jadi buat, camtu pulak kan? Tak pasal² duit Mas melayang tapi handphone tak ok jugak. Jadi kena pergi jugak ke Mines, lagi pun Mas beli dulu pun kat situ. Sampai kat Mines terus menuju ke kedai yang Mas beli handphone ni dulu, tapi tengok taukehnya orang lain. Husband cakap takpe, kita cuba tanya dulu. Taukeh ni pun sama, belek punya belek terus cakap software jugak yang rosak. Tapi murah sikitlah cajnya, dalam RM80 je!

Tapi husband Mas tetap tak puas hati, dia ajak survey kat tempat lain pulak. Tiba² masa kami lalu kat sebuah kedai yang baiki Iphone ternampaklah taukeh kedai yang kami beli handphone ni, terus jumpa dia dan ternyata dia masih ingat kami.


Setelah ditengok, dia kata kemungkinan software yang rosak atau komponen bunyi yang rosak. Tapi dia akan cuba install software baru dulu dan kalau tak elok jugak baru dia akan tukar komponen bunyi tu. Bila Mas tanya install software baru kena caj tak, katanya tak perlu. Hanya tukar komponen je kena caj RM150, dan bila dah install software baru masih tak elok jugak. Rupanya memang komponen bunyi yang rosak, jadi terpaksalah tukar dan kena bayar RM150.

Tapi Mas berpuashati sebab taukeh tu sanggup install software baru tanpa kenakan sebarang caj, komponen tu wajiblah dia caj kan sebab barang original. Pastu siap backup kan nombor telefon dan gambar, installkan games baru dan installkan GPS, semuanya percuma!

Sangat berbaloi kan? Jadi kalau handphone rosak kena pandai survey tempat yang betul² boleh dipercayai dan kenakan caj yang berpatutan.

14 ulasan:

  1. a'ah..kalo bab nak repair brg ni mmg kena survey 2-3 kedai. takleh main percaya je. harga& kualiti pun lain2.

    BalasPadam
  2. kalau Hp ke Lappy ke yang rosak, akak suka panggil org yang akak kenal tuk repair.

    sebab senang nak dapat feedback lepas tu. Lagipun kalau kenal harganya memang murah.

    BalasPadam
  3. kena betul hati2 baru kita tak rugi...

    bagus betulla mas..hsbnd mas pun sgt sporting sanggup temankan dan bg idea bernas :)

    BalasPadam
  4. Jenuh nak pusing2 survey.... Memng sgt tabah ni..

    BalasPadam
  5. Nak baiki h. set pun, kena hati2 takut tertipu..zaman ni sume kena berjaga sblm terkena kan

    BalasPadam
  6. biasanya kita pergi pun tempat yang memang dah biasa je..takut gak kena tipu kan..

    BalasPadam
  7. kadang2 tauke2 kedai tgk gak brand and model apa yg kita guna. lagi canggih lagi mahal la dia nak kuat kak.

    BalasPadam
  8. dorg tau kite xpandai

    tu amik ksmpatn

    BalasPadam
  9. assalamulalaikum mas...betul tu mas kena survey dulu baru boleh tukar kalau x ntah elok ke x nanti...:)

    BalasPadam
  10. lain kali kena survey betol2....tauke HP kdg2 suka menipu

    BalasPadam
  11. dorg pk untung je..
    kalo kite bijak xdela kene tipu kn kak..
    =)

    BalasPadam
  12. mcm nak setuju je dgn komen telor power.

    BalasPadam
  13. Kadang kadang dorang ni tahu nak untung jer.. Walhal benda yang betol2 rosak tak di repairnya -.-'

    BalasPadam
  14. laa, tp kdg2 sy rse x caya gak dgn kedai hp. sbb kdg2 dia amik part ori dlm hp kita tu n ganti dgn yg rosak. so that kita boleh dtg pergi repair kt dia lg..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com