terkini dan sensasi

Isnin, 21 November 2011

Kena percaya jugak yang tradisional

Assalamualaikum...(^ ^)

Di zaman yang serba canggih ni memang orang pentingkan rawatan perubatan moden. Batuk sikit jumpa doktor, demam sikit jumpa doktor, anak menangis malam jumpa doktor. Dengan harapan doktor boleh membantu selesaikan masalah.

Tapi ada sesetengah penyakit yang masih memerlukan rawatan tradisional, jadi sebolehnya kita kena percaya jugak dengan cara tradisional. Bukannya yang melibatkan bomoh atau pawang yang bukan² tu, tapi rawatan yang menggunakan jampi dari ayat² Al-Quran.


Tak salah kita mencuba kan, kerana Allah nak kita berikhtiar. Kalau dah cuba rawatan moden tapi masih tak berkesan, cubalah rawatan tradisional pulak. Mana tau berkesan, sebab ada sesetengah doktor menyarankan kita cuba cara tradisional kalau dia tak boleh ubatkan penyakit tu. 

Bagi Mas pulak, lebih suka cuba kedua²nya. Semasa anak Mas kena chicken pox dulu, Mas bawa dia pergi jumpa doktor tapi dalam masa yang sama Mas bawa jugak dia berubat cara tradisional. Jadi bila dah cuba kedua² cara baru Mas tahu keberkesanannya. 

Satu lagi kalau melibatkan anak², misalnya anak kena sawan tangis. Percayalah memang ada cara tradisional yang boleh rawat sakit ni. Kalau bawa jumpa doktor pun dia tak tahu nak ubat camne, ada ke ubat yang boleh hentikan budak menangis. Jadi percayalah pada rawatan tradisional, Insya Allah pasti boleh membantu!

Moden dan tradisional tu kalau digabungkan boleh memjadi rawatan yang mujarab.

7 ulasan:

  1. rawatan tradisional sbnrnye lbih baik..jgn terlalu brgantung dgn ubat2tan farmasi...blh mmberi kesan pda jangkamasa pnjang, erm... akak tukar warna blog ea... :D

    BalasPadam
  2. boleh je kak..yg penting rawatan tradisional tu tak menyimpang dr ajaran islam. misalnya penggunaan kemeyan yg berasap2 bagai....jampi serapah yg tak faham maksud...mengenakan upah/bayaran yg tertentu.... Itu memang dah nampak ada yg tak kena

    BalasPadam
  3. setiap rawatan ade pro dan contra cuma cara tradisional tu jgn dipandang rendah, mmg byk gunanya :)

    BalasPadam
  4. dua2 mujarab n saya percaya excpet tok bomoh tu tak caya langsung lah. hehe. ikhtiar lah apa cara pun asal tak memudaratkan lagi :)

    BalasPadam
  5. keduanya pon perlu kita percaya ,kadang kadang ubatan moden tak boleh ubati penyakit tertentu dan harus gunakan khidmat perubatan tradisional tapi bukan bomoh ! :P

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com