Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 20 November 2011

Kereta baru atau second hand

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang Mas ada berniat nak beli kereta baru, tapi bukan dalam masa terdekat ni. Nak survey dulu, nak cari mana yang berkenan di hati. Lagi pun nak tunggu habis bayar myVi tu dulu, kalau tak sangat membebankan nak bayar 2 buah kereta.

Niat di hati nak ambil MPV, besar sikit. Mas minat Mitsubishi Grandis, tapi harganya memang tak mampulah nak beli. Kalau nak pun kena bayar down payment tinggi, baru mampu bayar bulan².


Kalau ikut husband Mas dia suruh ambil yang second hand je, murah sikit katanya. Tapi kalau ikut prinsip Mas, memang tak suka kereta second hand. Bukannya nak demand, tapi takut hadapi masalah pulak. Nanti tak pasal² kena keluarkan modal lain pulak untuk baiki. Kalau nak beli jugak, kena cari kereta yang betul² terbaik dan dijamin tak hadapi masalah kerosakan pulak nanti.

Kalau kereta baru ni dah memang terjamin kualitinya, pakai sampai habis bayar pun belum tentu rosak kan? Tapi kena rajin servis lah. Kalau rajin pakai je, servis pun setahun sekali memang senanglah kereta tu rosak.

Tapi sebenarnya, baru atau second hand pun tak kisah janji kereta kan? Kalau ada rezeki lebih belilah yang baru, terjamin sikit kualitinya. Kalau tidak berkemampuan, belilah yang second hand tapi pastikan cari yang betul² elok keadaannya.

13 ulasan:

  1. betol ade baiknye kete bru

    lau secnd hand kene pastikn enjin msih baik

    BalasPadam
  2. Grand Livina pilihan mampu milik setakat ini .... klu nk murah sket ..ALZA!

    BalasPadam
  3. Sy baru je blk dr alam. Xjumpa plak kita. Hehe
    kreta ni mmg cantik. En suami sy suggest kt sy utk second car tp sy lum lg nk btkr arah ngan kreta skrg ni. Hihi

    BalasPadam
  4. kita pun lebih suka yang baru dari 2nd..iallah ada niat nak beli grand livina, tapi kena tunggu tahun depan dulu..

    BalasPadam
  5. @Mr. Z dan Mis N
    tulah, grand livina memang Mas minat jugak... tapi exora memang tak minat!

    BalasPadam
  6. @Iffah Afeefah
    sebab tu akak tak suka yang second hand!

    BalasPadam
  7. @Cik Kamoo
    betul2, grand livina memang Mas minat... ada dalam list tu!

    BalasPadam
  8. @jemarisuri
    Mas pun teringin gak Polo ni tapi husband cakap lebih baik ambil MPV, besar sikit!

    BalasPadam
  9. @missbby
    Mas pun kalau ada rezeki memang nak ambil MPV tapi kena tunggu kereta skrg abis byr dulu!

    BalasPadam
  10. waaallah polo tu
    mang beshh
    hehehe

    grang livina x oke ke kak?
    sy pon suke beli kete yg 1st hand ni kak..tapi mne2 pon okeh, asal kita terlindung dr ujan bile berjalan kan..

    BalasPadam
  11. kak mas, org kata perodua alza pun not bad ! hehe. tp nmpak macam kecik je walau mpv pun :) sbnrnya nk beli kereta apa pun boleh cuma nk bayar bulan tu lah teruk sikit.

    BalasPadam
  12. Kak Mas, Alza atau Exora pon ah ok dah ! Siyes , minyak pon memang jimat habes lebih kurang sama dengan Myvi ! :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com