Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 17 November 2011

Mama, kalau tak tutup aurat?

Assalamualaikum...(^ ^)

Perbualan dengan anak tengahari tadi.

Atikah : Mama, kenapa bila dah besar tak boleh pakai skirt dan seluar pendek?

Mama : Tak sesuai! Lagi pun pakaian tu tak menutup aurat, bila dah besar kena belajar tutup aurat.

Atikah : Habis tu kenapa ada kawan kakak yang pakai skirt pendek?

Mama : Mungkin mak dan ayah dia tak beritahu kot yang pakaian tu tak menutup aurat.

Atikah : Kalau tak tutup aurat ni berdosa tak?

Mama : Berdosa bagi yang dah akil baligh, jadi sebab itu kakak kena belajar tutup aurat dari sekarang.

Susah kan nak terangkan pada anak pasal aurat ni, sebab Mas sendiri pun masih tak sempurna cara penutupan auratnya. Kadang² terpakai baju lengan pendeklah, sedang cuba berubah ke arah yang lebih baik dan sempurna.


Tapi walau apa pun, Mas tetap ajar anak² untuk pakai pakaian yang menutup aurat. Alhamdulillah, sejak umur 8 tahun ni Atikah dah mula bertudung dan tak mahu pakai skirt atau seluar pendek. Mas tak pernah paksa, cuma Mas ajar perlahan-lahan sehingga dia faham kenapa perlu menutup aurat!

Semoga yang diajar kepada anak tu memberi perubahan kepada dia dan diri sendiri. Kalau kita tunjuk teladan yang baik anak pasti ikut kan, yang penting nawaitu.

11 ulasan:

  1. it's good then, sis. setiap perubahan pasti membawa kebaikan dalam diri :')

    BalasPadam
  2. :) semua mak bapa nak anak dia jd yg terbaek dan menutup aurat. insyaAllah, entry kak mas ni kita jadikan renungan termasuk saya sendiri. txs kak mas :)

    BalasPadam
  3. yup..betul tu..melentur buluh biarlah dari rebungnya :)

    BalasPadam
  4. betol susa nk aja

    sbb kite pon tk smpurna

    BalasPadam
  5. wah!
    ibu yg baik!
    smoga anak dapat jadi anak yg solehah

    BalasPadam
  6. alhamdulillah =]
    bagusla kak mas. didik anak dr kecik2, bia mereka sukekan keindahan yg bertutup dr kecik kan kak =]

    BalasPadam
  7. baguslah kak.
    wan pernah tengok sorang mak ni bawak anak dia yang kecik lagi, dalam setahun kot umurnya.
    dah dipakaikan tudung dan baju kurung.
    comel.

    BalasPadam
  8. sebaiknya di ajar dari masa muda, peribahasa pun dah ada. melentur buluh biar dari rebungnya kan??..

    BalasPadam
  9. didikan agama itu yang paling penting.... sedari kecil kita didik...

    BalasPadam
  10. hehe. betul tu melentur buluh biar dr rebungnya.

    pttnye mmg dr kecik kite ajar anak2 kalau xdiajar nnti dah besar yg jd perangai xsenonoh tu..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com