Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 15 November 2011

Mama tetap bangga

Assalamualaikum...(^ ^)

Selesai sudah Hari Konvokesyen di sekolah anak². 


Walaupun tahun ini Atikah kurang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun tapi Mas tetap bangga dengan dia. Memang dia sedih sebab tak dapat apa² hadiah, tapi Mas beri kata² semangat pada dia supaya berusaha bersungguh² lagi pada tahun hadapan. Jadikan kegagalan tahun ini sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya dan cemerlang.

Rasa terkilan tu memang ada, nak pulak lihat anak² orang lain bawa balik banyak hadiah. Tapi Mas tak mahu tunjuk di depan anak². Mas tahu dia dah buat sehabis baik dalam peperiksaan, cuma mungkin kurang ulangkaji dan buat latihan.

Takpe kakak, mama tetap bangga. Cuba lagi tahun hadapan!

Arfan pun dah terima sijil tamat Pra Sekolah Lima Tahun, tahun depan dah 6 tahun. Kena bagi lebih banyak tumpuan pada dia, moga hadiah dan buku² yang dia dapat tu menjadi pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Mas doakan yang terbaik buat mereka.



13 ulasan:

  1. wow bestnya sis
    mesti sis bangga kan

    BalasPadam
  2. most importantly, you've to give them more supports behind and always take good care of your kids' lessons all the time. congrats adik arfanand so with adik atikah..belajar rajin2 ya! :) hehehe.

    BalasPadam
  3. kecik-kecik dag grad....

    tak lama lagi Mas dapat menantu ni...


    haha

    BalasPadam
  4. Atikah kat depan tu? sebijik cam muka kak Mas.. :)

    xpe la kak mas, bukan rezeki die tahun ni. insyaalah tahun depan atiqah mampu lakukan yang terbaik.. chayok!

    BalasPadam
  5. kalau anak anak dapat hadiah dikira bonus untuk ibu bapa. Tapi kalau tak dapat hadiah jgn marahkan dorang.

    Bagi moral support semampu yang boleh. supaya dorang lebihkan usaha di masa hadapan.

    BalasPadam
  6. x pa.. kita ibu bapa yg kene bagi galakan... anak kurang berjaya mungkin ada silapnya pada diri kita, mungkin kita kurang bantu dia,.. sama2 kita muhasabah diri demi kejayaan anak2.. kan..

    BalasPadam
  7. menitis airmata tengok anak tadika graduate...

    comel ibu dan anak...

    BalasPadam
  8. wah.. da graduasi..
    mm.. nt dah besar pakai jubah n graduasi u lak ye.. =)

    BalasPadam
  9. betul kak mas. saya sgt setuju kalau semua mak bapak sikap macam kak mas !! sbb budak2 kalau kita look down kt dia, nnti lg dia sedih n takmau belajar. biar dapat B ke C ke, mungkin dia pakar dlm bidang lain :)

    BalasPadam
  10. hurm masam je muke nye

    kene jdi parents yang autoritatif aka demokrasi

    BalasPadam
  11. bestnye buat persembahan kat pentas...teringat zaman sekolah dulu :)

    sporting betul la mama tikah ni :)

    BalasPadam
  12. weeeee!
    x pe,,yg penting semangat nak belajr terus ada kan..mama la pendorong semangat yg mutlak!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com