terkini dan sensasi

Selasa, 15 November 2011

Masa untuk anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ini Mas kena ambil cuti, nak luangkan masa untuk hal persekolahan anak².

Minggu ni kan minggu akhir mereka bersekolah, jadi pada hari ini diadakan Hari Konvokesyen untuk murid pra sekolah. Majlis ni untuk Arfan sebab dia dah tamat pra sekolah 5 tahun. Canggih kan sekolah zaman sekarang, dah ada majlis konvo gitu! Masa Mas sekolah dulu hanya disebut majlis penyampaian sijil dan hadiah je, zaman dah semakin maju kan?


Kalau ikutkan memanglah tak penting sangat majlis ni, anak² hanya terima sijil tamat sekolah untuk tahun 2011 je. Tapi sebagai ibu bapa Mas dan husband kena pentingkan hal anak² jugak. Bila kita hadir pasti mereka akan rasa seronok kan, jadi mereka lagi bersemangat nak belajar.

Mas ingat lagi masa bersekolah dulu, mak abah mesti hadir setiap kali ada majlis penyampaian sijil dan hadiah di sekolah. Tiap² tahun mereka nak tengok anak² naik pentas terima hadiah dan sijil. Masa tu Mas boleh tengok bagaimana abah tersenyum bangga dan mak mengalir airmata tanda gembira, jadi Mas nak contohi mereka.

Lagi pun seronok hadir majlis camni, boleh tengok gelagat anak2 kita buat persembahan.

9 ulasan:

  1. betul2
    anum suka hadir majlis cm nie
    macam2 gelagat anak2

    BalasPadam
  2. wahhh seronoknyeeee... bangga tengok anak2 atas pentas...

    BalasPadam
  3. 5taun da konvo?
    mesti nk skalikan ngn abg2 6 taun

    BalasPadam
  4. hehehe
    alololo comei
    kak mass, nnti snap gambo bebanyakk eh

    comei nyela..kecik2 dh graduasi
    hehehehe

    BalasPadam
  5. kak,teringat plak kecik2 majlis pnyampaian sijil n hadiah..mak selalu dtg support. lau xdtg majuk...hehe

    tp syarat mak kena dpt no 1,2,3 baru nak dtg!

    BalasPadam
  6. Betul tu kak. Anak-anak pun ada perasaan sebenarnya...mereka rasa dihargai bila mak ayah dtg bg sokongan.

    BalasPadam
  7. Betul tu kak. Anak-anak pun ada perasaan sebenarnya...mereka rasa dihargai bila mak ayah dtg bg sokongan.

    BalasPadam
  8. hmm.. anak saya pun nak konvokesyen hari sabtu ni. sesi bergambar dah selesai.

    BalasPadam
  9. hehe, mak ayah sy tak pernah pun buat macam tu. dua2 busy keja. dr kecik saya sorang2. darjah satu pun takde org teman. serius. mak bapak sy jenis yg serius dulu. so untungla anak2 kak mas dpt mummy yg lembut :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com