Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 3 November 2011

Memilih kerja

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang kita lulusan universiti, ada segulung diploma ataupun ijazah.

Impian kita nak dapat kerja yang bagus dan gaji yang lumayan, bersesuaian dengan kelulusan yang dipegang. Tapi adakah ia semudah yang kita inginkan?


Dalam dunia yang semakin canggih dan maju ni sudah terlalu ramai golongan cerdik pandai, jadi peluang pekerjaan yang ditawarkan sekarang pun dah terlalu ketat syaratnya. Ada sesetengah lebih mementingkan pengalaman dari kelulusan, jadi jangan ingat segulung ijazah itu mampu menjanjikan pekerjaan yang terbaik untuk kita.

Apa kata kita bermula dari bawah, selepas habis belajar kita cari dulu kerja apa pun. Kerani pun tak kisah, janji kita boleh kutip pengalaman. Dalam masa yang sama kita mohonlah kerja yang bersesuaian dengan kelulusan, manalah tau pengalaman kita sebagai kerani tu mampu memberikan kita pekerjaan yang lebih baik.

Macam Mas dulu, habis belajar macam² kerja Mas cuba. Jadi kerani data, kerani marketing, receptionist pun pernah dan jadi cikgu pun pernah. Semua kerja tu memberi pengalaman yang berbeza, dan selepas 2 tahun barulah Mas dapat kerja yang betul² sesuai dengan kelulusan.

Janganlah memilih kerja, yang penting kita seronok dengan kerja tu dan dapat gaji yang halal.

9 ulasan:

  1. kak mas..dulu kt tempat keje kan..yg tak de kelulusan pun membebel bebel dengan kerja yg dia dah ada skrg ni..pelikkk!

    org yg ada kelulusan pun tak kisah dengan gaji yg ciput..ini kan dia..
    pelan pelan lar kan..kalau pergi tempat lain pun sama jer..org akan tengok kelulusan dulu..jadi bersyukur la kalau kita dah ada pekerjaan..jangan merungut sangat..

    BalasPadam
  2. betul2 kalau memilih smp bila pun x keja

    BalasPadam
  3. yg penting kena usaha. jgn dok goyang kaki kt umah tunggu keje dtg melamar.

    BalasPadam
  4. doakan sy serasi dengan kerjaya baru nanti :)

    BalasPadam
  5. betol kak mas.. sekarang ida pon tengah wat kerja yang sikit pon tak sesuai ngan apa yang ida belajar dulu. terpaksa dan memaksakan diri untuk start dari awal lagi.. hurrmm..

    BalasPadam
  6. Betol kak Mas.. Dalam zaman sekarang ni tak boleh nk demand sangat tentang kerja..

    Sebab terlalu demand la agaknya peratos graduan makin ramai yang mengganggur..

    Apa pon kena bijak buat pilihan,sambar yang mana ada dulu untuk timba pengalaman ! :)

    BalasPadam
  7. Memilih kerja..... Memang ramai yg memilih untuj kepuasan diri..

    Memilih hingga menjadi malas untuk berusaha... Simbah tea panas jer kan... Eh jangan.. Membazir

    BalasPadam
  8. saya teringin nk jd receptionist lah. mcm seronok je :D

    BalasPadam
  9. btol
    ramai mengggur sbb high dmand

    nk keje bagus trus

    ape slhnye cr pnglaman

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com