Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 28 November 2011

Menang dipuji, kalah dikeji

Assalamualaikum...(^ ^)

Fenomena biasa dalam setiap pertandingan yang melibatkan negara, tak kiralah bolasepak ke, badminton ke atau perlawanan lain sekalipun. Tapi perlukah sampai kita kutuk membabi buta, sehingga ada yang sanggup cakap skuad negara kita bodoh dan malukan negara. Bila dah menang pingat emas di Sukan Sea terus berlagak, sepatutnya semua kutukan ini tidak sepatutnya dilemparkan kepada mereka.


Mereka dah lakukan yang terbaik, sudah bermain mati-matian demi negara. Mungkin semasa perlawanan semalam sedikit kealpaan telah berlaku, 2 gol yang dijaringkan tidak dapat dipertahankan sehingga ke wisel penamat. Tapi Mas boleh lihat kesungguhan mereka bermain, cuma perlu usaha lebih keras lagi!

Memang kita marah dan kecewa, Mas pun turut sama kecewa bila mereka kalah. Tapi tidaklah sampai nak kutuk dan keji, cuma berharap skuad kita berusaha lebih gigih lagi dan mantapkan strategi ketika menghadapi perlawanan. Mas tahu mereka boleh lakukan yang terbaik demi maruah negara.

Sekadar luahan pendapat, nak kata fanatik bola sangat tu takdelah. Tapi rasa kecewa jugak bila baca macam² status di Facebook yang mengutuk dan mencaci skuad negara kita bila kalah semalam. Agaknya dah jadi adat, menang dipuji kalah dikeji!

Moga Harimau Muda bangkit dan jadikan kekalahan ini satu pengajaran, mereka pasti boleh!

9 ulasan:

  1. kecewa

    tpi takpe

    usaha lg

    jgn dek kenyang makan garuda

    semua jd leka

    BalasPadam
  2. kn?..biasa laa tu..bila memang puji!..sanjung segala..kalah xbole pulak nk terima..bukan nk support..kutuk lagi ade!..sedeh betol!..=(

    BalasPadam
  3. Tue la rakyat Malaysiakan....Jangan bagi harapan terlalu tinggi..Memang nampak malam tadi kesungguhan mereka...

    BalasPadam
  4. datang promote my shop!! support me dear!!

    http://dewarisankami.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. susah nak ckp.., janji kita tidak kutuk negara sendiri

    BalasPadam
  6. dah jadi adat kan?bila menang dipuji, bila kalah dikeji. adat bertandinglah, ada menang kalahnya =)

    BalasPadam
  7. tak boleh lah gitu, kalau kalah pun kita kena lah sokong juga kan. :) takkan time menang je nk sokong :)

    BalasPadam
  8. betul lah tu..biaselah mentaliti masyarakat kite kan...huhu...

    tp...jgnlah smpai..pasukan kita xleh terima teguran langsung kan?heheh....
    kalau teguran membina dan positif pe salahnye

    BalasPadam
  9. wartawan, sengaja tulis exxagerate nak lakukan sotkabar dia..

    tak gentleman..!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com