Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 4 November 2011

Menangani anak menipu

Assalamualaikum...(^ ^)

"Sebab apa kakak menipu, cuba beritahu mama."

"Kakak takut mama marah!"

Tengok! Itulah jawapan anak Mas berikan bila didapati menipu, takut dimarahi. Memang Mas marah tapi diselangi dengan nasihat, kita boleh marah anak yang menipu tapi marah yang berpada. Jika kita terlalu marah diikuti dengan memukul mereka tak mustahil mereka akan menipu lagi.


Kalau anak Mas menipu biasanya Mas boleh tau, sebab cara mereka jawap apa yang kita tanya macam teragak² sedikit. Bila Mas soal banyak kali barulah dia mengaku, jadi Mas akan jelaskan pada dia keburukan menipu. Kalau dia takut Mas marah sebab menipu, Mas akan cakap "Bila mama tau kakak menipu, lagilah mama marah!"

Jadi anak² ni akan terfikir, kalau dia menipu kena marah dan kalau mamanya dapat tau dia menipu lagilah kena marah. Dari situ sudah tentu mereka tak berani nak menipu lagi.

Nak menangani anak yang suka menipu ni kena ada cara pendekatannya, tak bolehlah kita marah membabi buta dan pukul mereka dengan teruk. Masalah tak akan selesai. Kalau kita terlalu garang, lagilah mereka akan protes. Jadi biar berlembut, tapi di dalam kelembutan tu ada ketegasan.

"Lepas ni nak tipu mama lagi tak?"

"Tak nak dah, nanti kena marah 2 kali."

11 ulasan:

  1. Bagus mama ni.. Rasa papa2 ade x kaji benda2 mcm ni?

    BalasPadam
  2. weeee
    kesinambungan entri mimi
    kikiki

    betol kan
    marah tu perlu
    tapi kene crnye kan kak =]

    BalasPadam
  3. Kena give and take.. Kalau kesalahan tak besar ,ibubapa tak berkasar then lepas ni si anak pon akan bercakap jujur sebab tak nak kena marah 2x.. hehe :)

    Suka cara kak Mas didik anak anak :')

    BalasPadam
  4. mama, sy tak kan nipu lgi. hehe

    BalasPadam
  5. @Tea
    entahlah, mungkin ada mungkin takde!

    BalasPadam
  6. @aimie amalina
    tak sangka sinambungan pulak! hehehee

    BalasPadam
  7. @Anum
    terima kasih! cuma jalankan tanggungjawab sebagai ibu je..

    BalasPadam
  8. @BeloG MTT
    tulah sebabnya akak tak nak marah melulu... takut mereka memberontak lagi!

    BalasPadam
  9. @emy|farid
    jangan tipu tau! nanti mama marah lagi...heheheee

    BalasPadam
  10. comelnya anak kak mas. akak, dulu mak saya garang sgt. sikit2 nk pukul. yg ayah saya plak kalau tak dpt math 100 mesti pukul n xnak cakap. so kami adik beradik jd nk menipu lah. sorok report card lah...hmm. sbb tkt mak ayah garang sgt.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com