Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 21 November 2011

Minta izin

Assalamualaikum...(^ ^)

Anak² Mas ni, apa saja yang mereka nak buat mesti minta izin. Walaupun sekadar nak minum air.


Mungkin sedari kecil mereka dah diajar begitu, nak apa² minta dengan mama. Jadi perkara tu dah jadi terbiasa! Agaknya kalau tak minta izin, mereka berfikir yang Mas tak benarkan mereka ambil atau buat perkara tu. Padahal nak apa yang nak diambil dan dibuat tu tak perlu minta izin pun.

Memang mereka dah terbiasa, jadi Mas dah lali dan tak kisah. Nak tengok tv minta izin, nak ambil makanan minta izin, nak main minta izin dan sampaikan nak minum air pun minta izin. Jadi Mas cakap boleh. Kalau Mas rasa mereka tak perlu buat benda tu, baru Mas cakap tak boleh! 

Mungkin sesetengah akan rasa ianya menjengkelkan, bosan nak layan. "Apalah korang ni, nak itu ini semua nak minta dengan mama. Buat dan ambil jelah!"

Jangan sesekali cakap camni. Takut nanti mereka buat perkara yang bukan² dan ambil benda yang merbahaya, camne? Tak pasal² nanti kita rasa bersalah sebab marah bila anak² nak minta izin, kalau mereka minta izin sekurangnya kita tau apa yang mereka nak.

Anak² ni minta izin sebenarnya mereka nak dapat kebenaran untuk ambil dan buat sesuatu. Takut nanti kalau tak minta kebenaran, mereka yang kena marah. Jadi biarlah mereka minta izin walaupun perkara tu remeh temeh je.

12 ulasan:

  1. kena take note nie..
    maklum la anak kian membesar.

    BalasPadam
  2. sepupu kecit saya pon mcm tu k.mas..ade 1 hr tu mntk izin kat mak long nye nk buang air besar..mak saya menyakat cakap 'tak boleh' terus tarik seluar sbb ingat mak tak bagi buang air..gelak je kitorang..hehehe...

    BalasPadam
  3. bagusnyer...susah budak2 nak mintak izin hal2 kecik ni...bagus lah mama dia.

    BalasPadam
  4. Kdg mintak izin xbg

    tu jd mls nk mintak

    BalasPadam
  5. setuju tu mas, kena cakap yg positif je kat anak dan rajin melayan dia, budak 2 is still innocent...

    BalasPadam
  6. wah bagus tu. melentur buluh biar dr rebungnye..

    mcm ni br anak2 xkan buat jahat. nk buat jht je teringat kat mama.. :)

    BalasPadam
  7. bagus dia..


    cm akil pun, nak pi jamban pun nk mintak izin, kite dh kasi pun dia mintk lg.. ghupe nye lum bukak lampu, gelap ..wakakakakak

    BalasPadam
  8. betul kak mas. em kdg2 bila budak banyak tanya , kita malas layan n jawab..ish yelah2 pergi pergi. hehe. nnti depa x minta izin buat ape2 baru tahu. :D so better anak minta izin n banyak tanya.

    BalasPadam
  9. didikan dan asuhan mempengaruhi segala perbuatan mereka..hehe..alhamdulillah, you've such very nice son and daughter! :))

    BalasPadam
  10. Alahai baiknya anak anak kak Mas.. Memang betul jangan sesekali marah kalau dorang minta izin gitu sebab nanti kalau dia nk buat sesuatu then tak minta izinkan kita masa tu nk jawab apa kannn?

    Boleh take note nihh :')

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com