Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 4 November 2011

Perginya seorang ayah

Assalamualaikum...(^ ^)

Entri sempena genap 7 tahun pemergian arwah abah (4/11/2004 - 4/11/2011), Al-Fatihah!

Bagi yang dah kehilangan pasti tahu bagaimana sedihnya dan rindunya pada arwah. Walaupun ada yang dah dapat ayah baru tapi tetap tak sama kan seperti ayah kandung sendiri.

Bagi Mas pemergiaan abah adalah satu kehilangan yang amat besar, sampai sekarang sukar untuk dilupakan. Mas tak sempat nak balas jasa dia yang seluas lautan tu, Mas jugak khuatir apakah segala dosa² Mas telah diampunkan oleh dia. 


Jadi kepada kawan² yang masih ada ayah, sayangilah dia dan jagalah dia sebaiknya. Masa dia masih hidup kadang² kita alpa tentang tanggungjawab kita kepada dia, tapi bila kita dah kehilangan nanti baru kita tahu bagaimana rasanya. 

Yang berjauhan dengan ayah, telefonlah dia sekarang. Katakan pada dia "Saya sayang abah" dan minta dia ampunkan segala dosa kita. Minta dia restu segala apa yang kita lakukan.

Yang ada perselisihan faham dengan ayah, pergilah minta maaf sekarang. Ayah tu marah bukan dia benci tapi dia sayang dan nak yang terbaik untuk anaknya. Walaupun bukan kita yang bersalah, tapi tak rugi kalau kita rendahkan ego untuk minta maaf dengan dia. Pergilah sebelum terlambat, kita tak mahu jadi anak derhaka kan?

Kalau ayah kita dah pergi, meraung melalak pun dah tiada gunanya. Kalau ayah kita dah pergi, menangis air mata darah pun dah tiada ertinya. Pergi dia tak akan pernah kembali. Jadi sayanglah dia, peluklah dia dan kucuplah tangannya. 

12 ulasan:

  1. kehilangan arwah abah amat terasa dalam diri anum hingga ke hari ini

    BalasPadam
  2. mcm hensem jer body ayah budak tu :d

    BalasPadam
  3. al fatihah semoga roh arwah bersama orang-orang yang beriman..ameen

    BalasPadam
  4. ble cte sal ayah ifa jd sedih

    sebak

    al fatihah kak

    BalasPadam
  5. Al fatihah..Semoga rohnya di cucuri rahmat.. Mesti sedih kan kak Mas bila teringat.. Kasihnya ayah tu tak ternilai.. :')

    BalasPadam
  6. Pedih rasanya kan . . Dan sakit hati bila tengok orang yang tak hargai rang tua mereka . .

    BalasPadam
  7. al- fatihah. sy sayang ayah saya..

    BalasPadam
  8. alfatihah buat arwah ayah kak mas ye ..

    betul
    kekadang pikir
    buruk baik perangainye
    dia ayah kita
    smp bile2 pon
    dunia akhirat
    tu lah satu2nye ayah kita kan..

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. assalamualaikum mas...al-fatihah yer buat arwah abah mas...:(

    BalasPadam
  11. kak mas sabar k. al-fatihah ;') hargai selagi ada dan bila dah takde, kita rindu. ;'(

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com