Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 25 November 2011

Redha dengan tugas suami

Assalamualaikum...(^ ^)

Ramai kawan² bertanya, "Mas, cuti 3 hari kau pergi mana?" 

Jawapannya, "Tak pergi mana² pun dok kat rumah je, husband kerja! "

Sedihkan jawapan tu, cakaplah sedih kawan²! 


Tapi nak buat camne kan, sedih pun kena redha. Dah itu tuntutan tugas husband Mas, bila masuk je hujung tahun memang cuti dia dibekukan. Nak pulak sekarang musim banjir, lagilah khidmat mereka diperlukan. Jadi jangan mimpilah hujung tahun nak bercuti.

Anak² pun asyik bertanya je, bila nak pergi jalan2. Cuti sekolah kan mama! Nak buat camne anak², babah korang kerja. Jalan² masa dia off bolehlah!

Memang dah rancang cuti 3 hari ni nak pergi jalan² keluar dari negeri Selangor, tapi terkubur jelah harapan tu. Esok dia kerja, Ahad off dan Isnin kerja lagi. Mana ada masa! Cuma hari Ahad jelah boleh nak pergi bersukaria, itu pun kawasan dekat² je.

Jadi redha jelah dengan tugas husband kan? Siapa suami kerja bomba tu pasti memahami.

13 ulasan:

  1. hehe nti asben dpt cuti , manfaatkan sepenuhnye ye kak :P

    BalasPadam
  2. musim banjir kak..stendet le tu.:D
    abam2 bomba tetap dihargai..eccecece.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...banyak pahala tuh..! Nanti bila cuti dah cair, boleh la gi jenjalan lak..

    BalasPadam
  4. oh iya, husband akak bomba ya? insya-Allah, ada masa terluang, bolehlah having fun sepuas2nya..hehe.

    BalasPadam
  5. tak keja bomba tapi masih camtu gak mas.. cuma cuti kali ni ada gak perancangan walaupun dia ikut separuh jalan je..

    BalasPadam
  6. akak sporting

    takpe g almnda je eh

    BalasPadam
  7. mulia tugas asben akk 2..
    sabo je..
    hehe

    BalasPadam
  8. keredhaan istri tu dapat pahala cam suami dia dapat gak even dia kat umah jer

    mas isteri solehah :)

    BalasPadam
  9. keredhaan istri tu dapat pahala cam suami dia dapat gak even dia kat umah jer

    mas isteri solehah :)

    BalasPadam
  10. Musim banjir ni kan.... Mereka berkorban masa utk membantu or lain.. Berbanggalah..

    BalasPadam
  11. tergendala la hasben mas punya part time...?

    BalasPadam
  12. bukan mudah kerja nk menyelamatkan org ni. kalau cuti pun mesti ada standby jugak tuh. :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com