Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 8 November 2011

Review filem In Time : Hargai masa!

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ini masih bercuti. Bosan di rumah, Mas pergi menonton wayang. Kali ini Mas menonton filem In Time. Mula macam ragu² menarik ke tak cerita ni, tapi rupanya memang terbaik.


Sinopsis filem
Filem ini mengisahkan kehidupan yang berlaku pada tahun 2161, di mana masa itu semua manusia hanya dapat hidup selama 25 tahun sahaja. Bagi yang ingin hidup lebih dari 25 tahun mereka perlu bekerja sebagai buruh untuk memperolehi lebih banyak masa, jika tidak mereka akan mati dalam tempoh 1 tahun. Setiap kehidupan jugak dipisahkan dengan "time zone" dimana golongan miskin terpaksa bekerja sebagai buruh bagi mendapatkan beberapa jam masa untuk hidup dan masa itu jugak digunakan untuk keperluan harian seperti membeli makanan, menggunakan telefon dan sebagainya. Manakala golongan kaya hidup mewah di New Greenwich.

Will Salas (Justin Timberlake) hidup bersama ibunya, dia terpaksa bekerja sebagai buruh bagi mendapatkan masa untuk hidup. Suatu hari dia telah menyelamatkan Henry Hamilton dari diserang oleh kumpulan yang dipanggil Minute Men, kumpulan ini mencuri masa orang lain dengan menggunakan kekerasan. Henry mempunyai masa untuk hidup selama 105 tahun. Selepas diselamatkan Henry mendermakan semua masanya kepada Will dan dia pun mati. Apa yang terjadi kepada Will selepas menerima masa dari Henry? Adakah dia dapat hidup selamanya atau sebaliknya?

Review In Time
MASA ITU EMAS! Itulah yang Mas dapat simpulkan dari cerita ini. Pada waktu itu masa adalah kehidupan, masa adalah kuasa, masa adalah wang ringgit dan masa adalah segalanya. Tanpa masa manusia tidak dapat berbuat apa² walaupun hendak membeli secawan kopi.

Bila manusia berada dalam situasi seperti dalam filem ini mereka memerlukan masa untuk hidup. Ada yang sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan masa, walaupun perlu membunuh. Bagi golongan kaya dengan masa mereka boleh hidup lebih lama, tapi sebaliknya bagi golongan miskin.

8 bintang untuk filem ini, menarik dan tidak membosankan! Mas tak dapat gambarkan kalau Mas perlu hidup dalam kehidupan yang camtu, mencari masa walaupun hanya seminit untuk hidup.

10 ulasan:

  1. 8 bintang !! ternyata bagus !! apa yg kak mas review film dan beri bintang, smua sy setuju sbb smua filem yg kak mas review sy tengok !! :D hehe. nnti nk tgk cite ni gak ! txs kak mas ! :)

    BalasPadam
  2. apasal tak posing gambar macam tengah ciom...?

    hehe

    BalasPadam
  3. Bygkan rasanya bila kita tau minggu depan akan mati....

    BalasPadam
  4. tak sempatlah nak update blog kalo cmtu :O dasat dasat :P

    BalasPadam
  5. akak suka tgk wayang ea.. masuk kali ni dh bnyak kali akak wat entry psl wayang :)... niena nk gi xsmpat je..

    BalasPadam
  6. huwaaaaaaaa
    ni sebab sakit je
    kalo x mesti dh tgk wayang ms cuti ritu

    besnyeeee =]

    BalasPadam
  7. bestnyer!!! nk tgok gak la..

    BalasPadam
  8. 8 bintang??biar betul... tgok ikln kt tv pun cam best gak

    BalasPadam
  9. Siyes , dah lama tak tengok muvee :(

    BalasPadam
  10. Salam mas. Terbaik la review yang sempoi, kami pun ada buat review jgk kat link bawah nih: http://www.kakiwayang.com/tahun-2011/in-time-hidup-bergantung-kepada-masa.html

    Selamat membaca! =)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com