Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 22 November 2011

Sekolah tidak bertanggungjawab

Assalamualaikum...(^ ^)

Wang bantuan persekolahan RM100 telah diagih²kan kepada ibu bapa di seluruh Malaysia.


Tetapi amat mengecewakan apabila sesetengah sekolah tidak bertanggungjawab memotong bantuan tersebut untuk bayaran yuran PIBG dan yuran komputer. Sepatutnya perkara begini tidak terjadi kerana wang itu adalah bantuan kepada pelajar, bukannya untuk bayar yuran lain.

Mas sangat kecewa apabila membaca berita yang terjadi di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak. Pihak sekolah menjemput 500 ibu bapa untuk hadir ke sekolah bagi mengambil wang, tetapi bukan wang yang mereka dapat sebaliknya diarah menandatangani borang potongan yuran komputer berjumlah RM100.

Lagi mengecewakan apabila ibu bapa membuat aduan ke Pejabat Pelajaran Daerah, mereka telah ditempelak oleh kakitangan PPD tersebut. Dia memaklumkan potongan yuran berkenaan adalah wajar! Kesian kepada ibu bapa yang datang dari jauh semata² nak dapatkan duit bantuan tu.

Memang sangat tidak bertanggungjawab! Sudahlah ibu bapa ditipu untuk datang kononnya bagi mengambil bantuan RM100 itu, pastu paksa mereka tandatangan persetujuan pemotongan bantuan tersebut. Sepatutnya pihak sekolah berusaha membantu pelajar dan ibu bapa meringankan beban mereka. Ini tidak, lagi ditindas ada lah.

Harap pihak Kerajaan ambil tindakan yang berat ke atas sekolah yang tidak bertanggungjawab ini.

12 ulasan:

  1. kdg skola nk wt terbaik
    cume xkene cr

    bg iffah duit tu eloklah salur ke sekolah dgn kebenaran ibubapa

    sbb ramai amik kesmpatan beli brg keperluan rumah

    last2 anak xdpt gne wet tu

    BalasPadam
  2. betul2 kena tindakan ni
    x patut

    BalasPadam
  3. sekolah memang suka amik kesempatan. macam mana mak bapak nak sabar. huhuhu

    BalasPadam
  4. @Iffah Afeefah
    tapi duit tu tetap hak ibu bapa dan pelajar... tak kisah mereka nak guna ke arah mana kan?

    sekolah tak patut ambil camtu je..

    BalasPadam
  5. @Anum
    memang sangat tak patut!
    akak memang sokong sekolah tu dikenakan tindakan keras..

    BalasPadam
  6. @J.Syazwana
    tulah, kalau kena kat Mas pun memang hilang sabar...
    duit tu hak kita kan?

    BalasPadam
  7. sedih sy dgr ni kak
    emm
    sagt x patot
    tekejut gak bace ni tadi..

    BalasPadam
  8. kak mas !! sangat banyak lah. :( kesian. hari2 baca paper mesti ada je kes macam ni. :(

    BalasPadam
  9. ada trbaca itu hari jgak...erm, apa lah.... kesian mak bpk budak tu, mcm dianggap pengemis plak sdangkan itu dh mmg hak ank dia

    BalasPadam
  10. Kenapa lah dorang buat macam tuh? Itu untuk keperluan lain dorang,nak beli kasut baru ker,baju baru ker.. Bukan untuk bayar yuran komputer,memang lah wajar tapi duit bantuan kerajaan bagi kat dorang tu,tak sepatotnya di potong untuk tujuan tuh !

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com