Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 25 November 2011

Tajuk gempak jadi perhatian

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas Saari berskandal dengan Rosyam Nor!

Gempak tak tajuk ni? Rasanya kalau entri kita bertajuk macam ni pasti laju je pembaca klik kan, tak sabar nak baca certi selanjutnya. Cuba kalau tajuk sebegini pulak.

Solat itu tiang agama.

Agaknya ramai tak laju² nak klik entri tu dah baca sehingga habis, mungkin segelintir saja yang akan berbuat begitu kan? Sesetengahnya hanya baca tajuk pastu komen tanpa membaca isinya, tak pun baca tajuk pastu terus tekan tanda pangkah.


Tapi dah jadi kebiasaan kan, entri yang bertajuk gempak ni biasanya jadi tumpuan. Nak pulak entri yang tajuknya tentang gosip² panas! Kalau entri yang bertajuk biasa² ni jarang orang nak baca, kalau baca pun hanya baca yang hujung² je.

Memanglah tajuk memainkan peranan penting bagi setiap entri, tapi janganlah kita hanya menilai entri itu dari tajuknya sahaja. Kadang² tajuknya saja tak berapa menarik tapi isinya banyak mesej berguna yang disampaikan. Jadi apa salahnya kita baca sampai habis dulu barulah buat penilaian.

Tapi ada sesetengah penulis blog ni pandai. Mereka buat tajuk gempak² pasal skandal ke, gosip ke, tapi isi entri tersebut sebenarnya mengenai perkara lain. Bagi Mas tak eloklah buat camni, biarlah kita tulis tajuk yang betul² berkaitan dengan isi. Takdelah pembaca rasa tertipu

Satu lagi sebagai pembaca janganlah kita hanya tengok tajuk sahaja, tajuk gempak terus kita nak baca. Sebaliknya kita baca dulu, manalah tau isinya lagi gempak dari tajuk.

9 ulasan:

  1. betul2
    kadang2 tajuk je gempak kan

    BalasPadam
  2. tajuk lain tp cerita totally pasal lain...tu kire nipu dh tu...

    BalasPadam
  3. cammana nak bagi tajuk gempak?? hehehehe..

    BalasPadam
  4. btul tu kdng2 tjuk gempak tp isi lari dr tjuk

    BalasPadam
  5. Kah kah kah best tol tajuk tu... Nak otograp!

    BalasPadam
  6. Hikhik betul tu Kak Mas..Boleh beza kan sendiri kalau kita naikkan entri tajuk yang agak2 Islamic sikit mesti boleh kira berapa kerat jer yang jenguk singgah masuk ..Manusia kann,lebih sukakan gosip.. Hmmm :')

    BalasPadam
  7. tp saya tak suka tajuk lucah2 , ingat org nak masuk lah. hmm. tak baik tau. tajukvartis bogel ke...haa. ramai lah org masuk tu.

    BalasPadam
  8. tajuk hot2 misti seme nak baceeee......

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com